Dipenjara lapan bulan kerana curi tempayan - Utusan Malaysia

Dipenjara lapan bulan kerana curi tempayan

IRWAN Effendy Berahim diiring keluar anggota polis selepas dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang juruteknik yang mencuri tiga buah tempayan bernilai RM380 dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Nabihah Mohd. Noor menjatuhi hukuman itu terhadap tertuduh, Irwan Effendy Berahim, 42, yang mengaku bersalah selepas tiga pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan pertama sehingga ketiga, tertuduh didapati mencuri tiga buah tempayan yang bernilai keseluruhan RM380.

Perbuatan itu dilakukan di tiga premis berbeza dalam daerah Melaka Tengah masing-masing pada 6 Julai, 7 Ogos dan 25 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang diwakili peguam Umar Zulkarnain memohon hukuman ringan diberikan dengan alasan anak guamnya telah insaf dan hanya bekerja sebagai juruteknik penghawa dingin.

Bagaimanapun, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Ehsan Nasruddin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh.

Mahkamah kemudian menjatuhi hukuman penjara lapan bulan bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut yang berjalan serentak.

Dalam prosiding sama, tertuduh turut dijatuhi hukuman penjara 10 bulan bagi kesalahan memiliki sebuah motosikal curi jenis Honda EX5 pada 31 Oktober 2019 dan didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Hukuman itu turut diarahkan berjalan serentak bermula semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya