Cukuplah lapan tahun buat maksiat, salah guna dadah – Anita

Cukuplah lapan tahun buat maksiat, salah guna dadah – Anita

ANITA kini tekad berubah dan meninggalkan kerja-kerja maksiat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang mak nyah tekad mahu berubah meninggalkan pekerjaan maksiat dan penyalahgunaan dadah yang dilakukan sejak berusia 16 tahun.

Mak nyah yang hanya ingin dikenali sebagai Anita, 30, ber­kata, cukup lapan tahun dia terjerumus ke lembah maksiat dan salah guna dadah.

“Saya jadi mak nyah ketika berusia 16 tahun atas keinginan sendiri, masa itu boleh dikatakan ikut trend semasa.

“Ketika zaman kegemila­ngan, memang gembira lakukan pe­kerjaan ini sehingga saya mampu membuat pembedahan membesarkan payudara dengan kos RM4,000 di Thailand.

“Saya juga pernah terlibat dengan dadah jenis syabu, ia bermula daripada pelanggan, jadi saya menurutinya kerana saya dibayar. Pertama kali mencuba, lama kelamaan jadi ke­tagih pula (syabu),” katanya di sini semalam.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan bahawa lorong di Jalan Pasar di sini masih lagi menjadi port aktif buat golo­ngan mak nyah ‘antarabangsa’ atau warga asing untuk mencari dan menunggu pelanggan bagi menawarkan perkhidmatan me­reka.

Anita berkata, pelbagai suka duka dilaluinya sewaktu bekerja di lorong sehingga dia pernah merempat dan tidur di kaki lima dan tangga.

“Pelbagai ragam pelanggan saya lalui, selain pelanggan rak­yat tempatan, ada juga pelang­gan warga asing.

“Suatu hari saya ditangkap oleh polis dan dipenjarakan selama empat bulan. Selepas keluar penjara, saya nekad mahu berubah meninggalkan pekerjaan maksiat,” katanya.

Anita berkata, walaupun ma­sih berperwatakan lembut, dia diterima oleh masyarakat dan telah setahun bekerja di sebuah hotel di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN