Bubar DUN asing bazir duit negara - Ahmad Jazlan - Utusan Malaysia

Bubar DUN asing bazir duit negara – Ahmad Jazlan

AHMAD Jazlan Yaakub (empat kiri) dan Rozi Mamat (tiga kiri) mengacau bubur asyura pada program Jelajah Mini Karnival Keluarga Malaysia Felcra Berhad 2022 di Kuala Ping, Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Keputusan Pas tidak mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri-negeri yang diterajuinya lebih awal dari Mac tahun depan menjurus kepada pembaziran duit negara.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, tindakan yang diambil Pas itu menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa menanggung perbelanjaan mengurus Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lebih tinggi apabila pengundian di peringkat DUN dan Parlimen di beberapa negeri diadakan secara berasingan.

Menurutnya, kos perbelanjaan mengurus PRU-15 yang diumumkan SPR sebelum ini dianggarkan sebanyak RM1 bilion.

“Pas bercakap kalau orang lain membazir. Itu haram, ini haram tetapi bagi dia pula kepentingan parti dia lebih penting.

“Dalam soal ini pun kita boleh tengok pihak manakah yang memikirkan kepentingan kedudukan dan kuasa berbanding dengan UMNO,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Mini Karnival Keluarga Malaysia Felcra Berhad 2022 di Kuala Ping di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua UMNO Hulu Terengganu, Rozi Mamat.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum ini berkata, Pas yang menerajui kerajaan Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan membubarkan DUN lebih awal daripada Mac tahun depan.

Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi Felcra Berhad berkata, Pas juga sejak dari dahulu lagi bersikap ‘kluk klek’ dalam setiap keputusan parti.

“Pas sebelum ini mahu PRU15 peringkat DUN dan Parlimen diadakan serentak tetapi keputusan Pas terbaru pula telah berubah apabila mereka mahu pilihan raya itu diadakan berasingan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya