Komitmen berterusan ATM perlu tangani pencerobohan China

ATM perlu komited tangani pencerobohan China di sempadan negara

ROZMAN ISLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Siri pencerobohan berulang kali oleh tentera China di sempadan perairan negara di Laut China Laut Selatan perlu dipandang serius.

Sejak 2013, dapat dilihat daripada laporan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membabitkan 23 kes di Zon Eksklusif Negara (EEZ) sepanjang 2021.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli berkata, komitmen berterusan kerajaan menerusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diperlukan bagi memastikan tentera China tidak sewenang-wenangnya menceroboh sempadan dan perairan negara di Laut China Selatan.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini China agak aktif melalui aktiviti ketenteraan dan penguatkuasaan maritim di Laut China Selatan hingga mengganggu aktiviti perikanan serta industri minyak dan gas negara.

“Sudah berkali-kali kita dengar alasan China mengenai tindakan mereka itu untuk ‘menjamin hak, kepentingan dan kedaulatan negara China’ tetapi bagaimana dengan hak serta kedaulatan Malaysia?.

“Justeru, kerajaan harus buktikan bahawa ia peka dan cakna soal keselamatan dan kedaulatan negara di Laut China Selatan dengan lebih tegas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rozman yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Warisan berkata, kerajaan dan ATM supaya mengambil serius termasuk memantau perkembangan yang berlaku di Taiwan kerana situasi itu akan turut memberi impak di Laut China Selatan.

“Kebimbangan semakin meningkat ekoran laporan beberapa aktiviti China di Laut China Selatan sejak beberapa minggu lalu menunjukkan jet milik China sering melakukan pintasan terhadap pesawat lain.

“Terbaharu, sebuah pesawat milik Tentera Udara Australia telah dipintas secara berbahaya oleh jet China hingga membahayakan pesawat dan nyawa anak kapal tersebut,” katanya.

Rozman berkata, perkembangan itu menunjukkan Malaysia harus siap sedia khususnya patrol koordinasi Laut, Udara dan Darat bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya konflik tercetus di Laut China Selatan.

Pada masa sama, kerajaan juga harus memastikan hal itu tidak mencetuskan kegusaran buat pemegang taruh di Laut China Selatan seperti golongan nelayan dan pemain industri minyak dan gas negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.