350 anggota APM Pahang sedia hadapi Monsun Timur Laut

350 anggota APM Pahang sedia hadapi Monsun Timur Laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Serama 350 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang akan ditempatkan di 11 daerah di negeri ini bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023 yang dijangka bermula November ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah APM negeri, Che Adam A. Rahman berkata, antara 20 ke 30 orang anggota akan ditugaskan di setiap daerah terlibat.

Katanya, selain itu, APM negeri juga bersiap sedia daripada aspek logistik apabila segala keperluan seperti bot, pacuan empat roda dan lori telah siap diselenggara dan berada dalam keadaan baik bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Selaku sekretarian pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah, kita telah bersiap sedia bermula sekarang bagi menghadapi MTL 2022/2023.

“Kesiapsagaan ini merangkumi beberapa aspek. Yang pertamanya logistik kita telah bersedia dari segi bot, kenderaan pacuan empat roda dan lori di mana kesemuanya telah diselenggarakan dengan baik dan bersedia dari sebarang kemungkinan. 

“Keduanya, aspek sumber tenaga yang mana kita boleh gerakkan anggota kita puratanya di setiap 11 daerah di negeri antara 20 hingga 30 orang. Keseluruhan antara 300 hingga 350 orang,” katanya di sini semalam. 

Tambah Che Adam, untuk aspek latihan kesiapsagaan menghadapi bencana pula, pihak APM negeri telah menyediakan ilmu berkaitan Comunity Based Disaster Risk Management (CBDRM) bagi melatih penduduk persekitaran yang berisiko menghadapi musim banjir. 

“Kita melatih penduduk-penduduk yang berisiko atau mungkin yang tidak berisiko tapi berpotensi menghadapi banjir. Antara penekanan diberikan adalah seperti di daerah Temerloh, Maran, Jerantut dan Kuantan serta daerah lain.

“Kita minta semua anggota APM daerah bekerjasama dengan semua agensi pengurusan bencana daerah masing-masing yang diketuai oleh pengerusi bencana daerah iaitu pegawai daerah masing-masing untuk kerjasama dalam latihan kesiapsiagaan hadapi bencana. 

“Untuk makluman juga, Bulan Kesiapsiagaan Nasional pada tahun ini akan dilancarkan oleh pihak Agensi Pengurusan Bencana (Nadma) pada Oktober nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN