Wan Ahmad Fayhsal sedih mahasiswa jadi penghantar makanan

Wan Ahmad Fayhsal sedih mahasiswa jadi penghantar makanan

SEBAHAGIAN peserta yang terdiri dari mahasiswa dari seluruh negara yang menghadiri Konvesyen Mahasiswa Malaysia 2022 DI Puchong hari ini.- UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG: Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal sedih apabila ramai mahasiswa memilih bekerja sambilan sebagai pekerja penghantar barangan dan makanan walaupun berkelulusan tinggi.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, tidak sepatutnya golongan itu terlibat dalam bidang ekonomi gig yang hakikatnya merupakan kerjaya paling bawah sekali.

Katanya, faktor-faktor seperti desakan kerja dan gaji tinggi dikenal pasti merupakan antara punca mahasiswa memilih pekerjaan berkenaan.

“Rider bukan kerjaya tetap, namun sayangnya ramai yang memilih jalan itu, jadi saya mahu mengubah persepsi tersebut agar wawasan untuk memastikan anak muda mendapat gaji yang bermaruah dapat dilaksanakan.

“Pada saya masalah ini semua dapat diselesaikan menerusi pemulihan semula dasar pekerjaan negara menerusi Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) di samping Majlis Pekerjaan Negara,” katanya ketika berucap dalam Konvensyen Mahasiswa Malaysia 2022 di Wisma Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, beliau bersama kepemimpinan Pas akan terus berbincang bagi memperkenalkan pelbagai tawaran baharu kepada anak muda.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN