WASHINGTON: Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) menafikan pada Sabtu laporan bahawa Washington telah bersetuju untuk tidak membekukan aset Iran yang disimpan di Qatar dan bank-bank asing lain.
Teheran sebelum ini menyatakan bahawa sebarang perjanjian untuk menamatkan pertempuran secara kekal mesti merangkumi pembebasan aset Iran yang dikenakan sekatan dan penamatan perang Israel terhadap Hizbollah di Lubnan.
Satu sumber kanan Iran yang tidak dinamakan memberitahu agensi berita Reuters bahawa Amerika telah bersetuju untuk tidak membekukan aset tersebut dan langkah itu berkait secara langsung bagi memastikan laluan selamat di Selat Hormuz.
Dalam satu mesej dari Rumah Putih, seorang pegawai kanan AS membalas laporan itu dengan berkata: “Tidak benar (aset Iran tidak dibekukan).”
AS dan Israel telah menyerang Iran pada 28 Februari sehingga mencetuskan serangan balas daripada Teheran yang telah menjerumuskan Asia Barat ke dalam konflik serta menggoncang ekonomi global.
Bagaimanapun, serangan itu ditangguhkan selama dua minggu bermula Selasa lalu manakala rundingan antara AS dengan Iran diadakan di Islamabad, Pakistan yang berakhir pada Ahad. – AFP/AGENSI










