USIM, Nurflix jalin kerjasama hasil dokumentari al-Quran, Sains

USIM, Nurflix jalin kerjasama hasil dokumentari al-Quran, Sains

SHARIFUDIN Md. Shaarani (dua dari kiri) bersama Syah Rizal (dua dari kanan) pada majlis menandatangani MoU antara USIM dan Nurflix di Nilai, Seremban hari ini. - FOTO/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bagi menghasilkan sebuah dokumentari al-Quran dan Sains pada penghujung tahun ini, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjalinkan kerjasama dengan sebuah platform penstriman televisyen dalam talian, Nurflix Sdn. Bhd..

Naib Canselor USIM, Prof. Dr. Sharifudin Md. Shaarani berkata, buat julung kalinya kerjasama tersebut menggabungkan kedua-dua pihak yang masing-masing mempunyai kepakaran tersendiri.

“Melalui kerjasama ini, USIM dan Nurflix akan bersama-sama menghasilkan sebuah dokumentari bagi merungkai rahsia berkaitan al-Quran dan Sains yang akan turut melibatkan penyelidik dalam kalangan akademik universiti.

“Kerjasama ini juga akan melibatkan program penempatan latihan industri pelajar di dalam industri,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara USIM dan Nurflix di Nilai, di sini hari ini. 

Sharifudin berkata, sebanyak 12 tajuk utama akan dimasukkan di dalam kandungan dokumentari berkenaan yang bakal disiarkan pada Januari 2023. 

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nurflix, Syah Rizal Mohamed berkata, penghasilan dokumentari berkenaan membolehkan penonton melihat kandungan berasaskan al-Quran dan Sains hasil penyelidikan dan kepakaran USIM. 

“Kami berharap penyediaan manuskrip oleh pakar akademik ini dapat ditonton secara dalam talian. Insya-Allah pada bulan Januari 2023, dokumentari mahupun sebuah filem pendek akan dihasilkan melalui kolaborasi ini,” katanya. 

Nurflix merupakan sebuah platform penstriman video yang memfokuskan kandungan Islamik yang menawarkan kandungan patuh syariah dan memfokuskan sepenuhnya kepada kandungan asli dan eksklusif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN