Urban Malaria di Pulau Pinang masih terkawal

Urban Malaria di Pulau Pinang masih terkawal

Khairy Jamaluddin dan Onn Hafiz Ghazi menurunkan tandatangan sempena majlis Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri Johor 2022 diTebing@ Bandar Dato Onn, Johor Bahru, hari ini. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Isu Urban Malaria yang membelenggu Pulau Pinang berikutan kebanjiran warga asing dalam pelbagai sektor ekonomi masih dalam keadaan terkawal. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini masih belum ada kes kematian dilaporkan di negeri itu ekoran penularan penyakit tersebut. 

Beliau berkata, kebanyakan malaria yang dibawa masuk ini adalah daripada negara-negara Afrika dan saringan kesihatan di peringkat awal adalah amat penting.

“Golongan majikan perlu memastikan menjalankan saringan kesihatan sebelum mengambil pekerja-pekerja warga asing ke negara ini. 

“Dengan cara itu, kita boleh mengenal pasti di peringkat awal. Setakat ini keadaan masih terkawal dan mendapati kes malaria ini bukan kes tempatan tetapi dibawa masuk dari luar negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Negeri Johor di Tebing@Bandar Dato Onn, di sini hari ini.

Program tersebut dirasmikan secara bersama oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Semalam, Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr. Ma’arof Sudin dilaporkan berkata, semua pekerja asing seharusnya menjalani pemeriksaan perubatan termasuk saringan malaria mengikut dasar yang ditetapkan oleh kerajaan bagi pekerja asing yang bekerja di Malaysia.

Selain itu, penduduk yang tinggal atau mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko malaria atau ke negara endemik malaria perlu mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami gejala seperti demam, sejuk menggigil, berpeluh dan lemah tubuh badan supaya rawatan awal dapat diberikan.

Antara negara-negara endemik malaria adalah Indonesia, Filipina, Myanmar, Papua New Guinea, Bangladesh, Pakistan, India, Nigeria dan Congo.

Ditanya mengenai pengesanan virus baharu, Langya yang dikesan di China, Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan akan memantau penularan virus itu.

Setakat ini belum ada sebarang kes dilaporkan di negara ini berkaitan jangkitan virus berkenaan.

“Jangkitan itu bersifat jangkitan setempat, ia tidak merebak lagi. Bagaimanapun, kita akan pantau perkembangannya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya