Unimap tawar 1,196 tempat buat calon diploma

Unimap tawar 1,196 tempat buat calon diploma

ZALIMAN Sauli (dua dari kiri) melihat Soon Cheng Law (kanan) memakaikan jaket Unimap kepada anaknya, Soon Le En (dua dari kanan) sebagai simbolik penerimaan pelajar baharu di Unimap, Arau, Perlis, hari ini. - UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Universiti Malaysia Perlis (Unimap) menawarkan sebanyak 1,196 tempat kepada calon yang mengikuti pengajian bagi sesi pengambilan diploma Sidang Akademik 2022/2023.

Naib Canselornya, Prof. Dr. Zaliman Sauli berkata, sesi pengambilan kali ini turut menawarkan enam bidang pengajian buat penuntut yang berminat bagi menyambung pelajaran di institusi tersebut.

Katanya, program yang ditawarkan adalah Kejuruteraan Metalurgi, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Pembuatan.

“Unimap menawarkan bantuan menerusi sistem e-tabung yang merangkumi Tabung Amanah Zakat, Tabung Amanah Khas, Tabung Sumbangan Korporat dan Tabung Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi membantu pelajar golongan B40,” katanya pada Majlis Suai Kenal Diploma Sesi Akademik 2022/2023 Unimap, di sini hari ini.

Sementara itu, bapa kepada seorang pelajar, Soon Cheng Law, 54, berkata, dia dan isteri, Tan Siew Siew, 52, sememangnya menggalakkan anak mereka menyambung pengajian di Unimap yang berteraskan bidang kejuruteraan.

Menurut Cheng Law, anaknya, Soon Le En, 18, memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di institusi pengajian tinggi (IPT) itu selepas tertarik dengan kisah dan pengalaman dilalui saudaranya sebelum ini.

“Anak sulung kami bersama dua sepupu mereka kini sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Komputer di Unimap dan ini menjadi pendorong buat Le En melanjutkan pengajian di sini.

“Mereka selalu bercerita mengenai pengajian di sini dan menyebabkan Le En yakin memilih bidang diminatinya di Unimap,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya