UMNO Taman Kebun Teh terima RM10,000 dari Shahrir

UMNO Taman Kebun Teh terima RM10,000 dari Shahrir

SHAHRIR AB. SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua UMNO Cawangan Taman Kebun Teh hari ini  mengesahkan cawangan itu menerima RM10,000 daripada bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Sharil @ Shahrir Ab. Samad melalui sekeping cek untuk tujuan perbelanjaan program pertandingan bola sepak, sembilan tahun lalu. 

Saksi pendakwaan kelapan itu, Abu Bakar Abd. Aziz, 72, berkata, wang tersebut adalah untuk pelaksanaan program Pertandingan Bola Sepak Piala Pusingan Tan Sri Shahrir Ab. Samad.

“Saya sahkan pada 10 Disember 2013, terdapat kemasukan wang berjumlah RM10,000 ke dalam akaun Maybank Islamic ini iaitu akaun rasmi UMNO Cawangan Taman Kebun Teh. Wang tersebut adalah wang sumbangan yang saya terima daripada Tan Sri Sharil @ Shahrir bin Ab Samad,” katanya.

 Abu Bakar juga mengesahkan terdapat pengeluaran wang dari akaun Maybank Islamic UMNO Cawangan Taman Kebun Teh berjumlah RM7,000.00 melalui cek kepada Ketua Pemuda UMNO Cawangan yang sama, Mohamad Danial Zainal Abidin.

Katanya, tujuan pemberian cek tersebut juga adalah untuk perbelanjaan pertandingan bola sepak itu.

Abu Bakar ketika membaca penyataan saksinya berkata, pada Disember 2013, dia bagi pihak UMNO cawangan itu memohon sumbangan daripada Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru iaitu Shahrir.

Saksi itu bagaimanapun ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. ‘Afif Ali memberitahu dia tidak mengetahui sumber wang tersebut.

Mohd ‘Afif: Mengapa sumbangan itu diminta daripada Tan Sri Shahrir dan bukannya daripada individu lain? 

Abu Bakar:  Saya membuat permohonan itu kerana Shahrir adalah Ketua Cawangan Johor Bahru.

Mengikut pertuduhan, Shahrir didakwa tidak mengisytiharkan pendapatan yang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013.

Cek itu kemudian dimasukkan ke dalam akaun Public Islamic Bank milik tertuduh pada 28 November 2013 dan dia didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 24 April 2014 di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April, 2014.

Ketika sesi pemeriksaan balas, peguam bela, Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros yang mewakili Shahrir sama ada saksi itu mengetahui bahawa RM10,000 ini adalah wang simpanan hari tua ahli politik itu. 

Saksi itu menjawab, tidak tahu.

Syed Faisal: Apabila cawangan ada masalah kewangan, salah satu sumber utama kewangan untuk mendapatkan bantuan kewangan adalah daripada ketua bahagian iaitu Tan Sri Shahrir. Betul?

Abu Bakar: Ya.

Syed Faisal: Tan Sri Shahrir hari ini masih lagi Ketua Bahagian Cawangan Johor Bharu? 

Abu Bakar: Ya.

Abu Bakar juga ketika disoal oleh seorang lagi peguam bela tertuduh, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, memberitahu dia juga tidak pernah meragui sumber cek yang diberikan oleh Shahrir ketika itu.

Pertuduhan terhadap Sharir dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, penasihat jualan Sutera Auto Sdn. Bhd, Abdul Rahman Sivam Abdullah, 52, dalam keterangan memberitahu bukan satu perkara yang pelik sekiranya seorang individu yang berusia seperti Shahrir mampu untuk membuat bayaran penuh bagi pembelian kenderaan dalam nilai RM100,000. 

Syed Faisal: Adakah pelik untuk orang yang dah berumur macam Tan Sri Shahrir ada duit yang mencukupi untuk bayar pembelian kereta dalam nilai RM1OOk secara tunai? 

Abdul Rahman: Kalau ikut pada jawatan, insyaAllah boleh jua dan tidak pelik.

Menurut saksi pendakwaan kesembilan itu, ia satu kebiasaan dalam kalangan golongan sudah pencen atau menjual kebun untuk membeli kereta secara tunai.

Pada prosiding semalam, eksekutif di syarikat penjualan kereta itu mengedahkan Shahrir membuat pembayaran penuh ketika membeli kereta Honda Civic Hybrid dengan harga RM118,485 pada tahun 2013. 

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung esok. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya