Lantik Hamzah Ketua Pembangkang dibuat secara musyawarah, akuan bersumpah

Lantik Hamzah Ketua Pembangkang dibuat secara musyawarah, akuan bersumpah

HAMZAH Zainuddin dilantik semula sebagai Ketua Pembangkang. - UTUSAN /KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

140626-Klt-LantikHamzah-DONE

TANAH MERAH: Pelantikan semula Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang dibuat menerusi proses musyawarah melibatkan kepemimpinan parti dalam Perikatan Nasional (PN).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pelantikan Ahli Parlimen Larut itu mendapat sokongan penuh dari wakil rakyat PN menerusi Surat Akuan Bersumpah (SD).

“Sejak awal lagi kita telah melantik beliau (Hamzah) sebagai Ketua Pembangkang. Jadi, kita ulang baliklah. Kita boleh ulang balik perkara ini setelah dia berlaku,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Reset Malaysia di sini, hari ini.

Pada 17 Mei lalu akhbar melaporkan, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang.

Keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN Kali Ke-2 yang dipengerusikan beliau.

Pelantikan Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu bagi mengisi kekosongan selepas Hamzah meletak jawatan.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, Pas bersama Gerakan dan semua wakil rakyat di bawah gerakan Reset bersepakat mengekalkan sokongan penuh agar Ahmad Shamsuri kekal sebagai Pengerusi PN.

“Kita akan buat satu perubahan yang menggerakkan jentera-jentera semua parti komponen PN ke arah perubahan menyelamatkan negara,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN