Tindakan PH guna PAC untuk kempen politik memalukan - Utusan Malaysia

Tindakan PH guna PAC untuk kempen politik memalukan

Kerajaan dijangka menerima lima LCS pada 2029
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) seperti terdesak sehingga sanggup menggunakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk menyerang Barisan Nasional (BN) dalam kontroversi yang melanda projek kapal tempur pesisir (LCS).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Razlan Rafii berkata, tindakan yang memalukan itu turut mencemarkan kemuliaan Parlimen kerana PAC adalah salah satu jawatankuasa yang dibentuk oleh badan legislatif itu manakala keanggotaan pula dalam kalangan ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Menurutnya, tindakan PH itu dipersoal kerana tidak mendedahkan isu berkenaan sebelum ini sebaliknya ketika BN menjadi sebahagian kerajaan hari ini.

“Tindakan itu secara tidak langsung memperlihatkan mereka sanggup menggunakan PAC untuk menyerang BN sedangkan perkara tersebut boleh dilakukan ketika PH menjadi kerajaan. Sewaktu Mohamad Sabu menjadi Menteri Pertahanan, sepatutnya boleh didedahkan pada waktu tersebut,” katanya di sini semalam.

PAC baru-baru ini dalam laporan berhubung projek LCS mengemukakan sembilan rumusan antaranya mendapati pandangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selaku pengguna akhir tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan BNS dalam pelaksanaan projek LCS.

Jawatankuasa itu diketuai Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh daripada DAP dan dianggotai 14 ahli Parlimen termasuk lapan daripada kerajaan.

Dalam pada itu, Mohd. Razlan juga berkata, tindak-tanduk PH tersebut seolah-olah mahu melambatkan Pilihan Raya Umum (PRU) ekoran momentum sokongan pengundi yang dilihat tidak memihak kepada parti tersebut.

“Jika dahulu menjelang PRU14, pembangkang guna isu 1MDB serang BN hingga rakyat terpedaya dengan tuduhan mereka dan kali ini LCS pula. Hakikatnya, rakyat kini bijak menilai permainan pembangkang dan tidak mudah percaya dengan taktik politik mereka,” katanya.

Senada dengan beliau, Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menegaskan, selepas gagal mentadbir kerajaan, PH kini kembali kepada taktik lama iaitu menghasut rakyat dengan melemparkan tuduhan tidak berasas kepada pemimpin BN.

Menurutnya, mereka memerlukan satu isu yang boleh diperbesarkan, disensasikan dan menyogok persepsi negatif rakyat terhadap kepimpinan UMNO dan BN.

“Malahan menerusi laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang sudah dinyahklasifikasikan, kelmarin terdapat lima kelemahan tadbir urus dan bukannya rasuah, perolehan dan kewangan yang ditemui selain pemilihan reka bentuk, sistem pengurusan kombat dan sebahagian peralatan utama LCS dibuat berdasarkan syor serta pandangan BNS, bukan sepenuhnya daripada TLDM selaku pengguna,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya