Hakim Danish lakar masa terpantas di Barcelona

Hakim Danish lakar masa terpantas di Barcelona

Hakim Danish sewaktu beraksi pada sesi latihan rasmi bagi kelas Moto3 pada Grand Prix Motosikal Catalunya di Barcelona, Sepanyol, hari ini. - Gambar Ihsan SIC Racing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli mempamerkan prestasi cemerlang apabila melakar masa terpantas pada sesi latihan bebas 1 (FP1) dan latihan rasmi pada Grand Prix (GP) Motosikal Catalunya di Barcelona, hari ini.

Pada FP1, pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSI itu berada di tangga pertama dengan catatan masa sepusingan 1 minit 47.478 saat (s).

Anak jati Terengganu tersebut mengekalkan prestasi konsistennya pada sesi latihan rasmi selepas itu untuk sekali lagi muncul pelumba terpantas dengan lakaran masa sepusingan 1:46.943s.

Apa yang lebih mengejutkan, Hakim Danish merupakan satu-satunya pelumba yang melakar masa di bawah 1 minit 47 saat, manakala, pelumba ditangga kedua Brian Uriarte dari pasukan Red Bull KTM Ajo mencipta masa 1:47.042s.

Di tempat ketiga menjadi milik pelumba Leopard Racing, Adrian Fernandez dengan catatan masa 1:47.146s.

Keputusan tersebut juga melayakkan Hakim Danish secara automatik ke sesi kelayakan 2 (Q2), esok.

Hakim Danish berkata, untuk hari ni di Catalunya, kedua-dua sesi keseluruhannya dia berasa sangat baik dengan jentera dan tahap keyakinan juga meningkat.

“Pada pagi tadi jentera saya agak kurang cengkaman, tetapi saya cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tubuh dan gaya tunggangan saya.

“Saya cuba beberapa penyelesaian untuk memperbaiki catatan masa dan ia berhasil apabila lakaran masa saya semakin laju,” katanya dalam satu kenyataan kepada media di tanah air, hari ini.

Menurut Hakim Danish, semasa latihan rasmi, dia berusaha memastikan momentum kekal sama dengan FP1 dan insiatif tersebut memberi hasil yang maksimum dalam setiap pusingan.

“Pada minit terakhir saya cuba melakukan ‘time attack’ dan usaha itu berhasil. Tetapi, saya tak boleh selesa sangat sebab pelumba-pelumba yang lain memang akan cuba untuk lebih laju lagi untuk esok.

“Sayapun tak akan duduk diam dan akan cari lagi (catatan masa) untuk sesi kelayakan, harap semua dapat doakan kejayaan saya untuk esok dan perlumbaan pada Ahad,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN