Tengku Zafrul kini Bendahari BN Selangor

Tengku Zafrul kini Bendahari BN Selangor

TENGKU Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Jamal Md. Yunos.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz secara rasmi diumumkan sebagai Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor yang baharu berkuat kuasa serta merta menggantikan Datuk Seri Jamal Md.Yunos.

Jamal dilantik sebagai Ketua Komunikasi BN negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasnya, Tan Sri Noh Omar  berkata, langkah itu sebagai rombakan terbaharu yang dipersetujui semua parti komponen.

“Kita melakukan rombakan berkenaan bagi  memberi semangat baharu kepada BN Selangor. Bendahari baharu kini adalah Tengku Zafrul manakala Jamal pula menjadi Ketua Komunikasi,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Konvensyen BN Selangor di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini, malam tadi.

Penutupan konvensyen selama sehari itu disempurnakan Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Pada 18 Julai lalu, Utusan Malaysia melaporkan kesediaan Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar melepaskan jawatan itu bagi memberi laluan kepada Tengku Zafrul selepas menyandangnya sejak 2019.

Jamal memaklumkan, Tengku Zafrul merupakan pakar pengurusan kewangan yang memiliki latar belakang perbankan dan profesional ketika menjadi menteri.


NOH Omar menyampaikan amanatnya dalam Majlis Penutup Konvensyen BN Selangor di Shah Alam, Selangor, hari ini. – UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI

Dalam pada itu, Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dalam amanatnya meminta semua akar umbi mencekal semangat jitu untuk merampas semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

“Tiada benda yang mustahil dalam politik  terutama di negeri ini dan kita boleh mengubah senario sedia ada.

“Di bawah pimpinan presiden, kita yakin mampu menang dan rakyat sudah kembali kepada BN selepas menilai kegagalan parti lain untuk mentadbir negara sebelum ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya