Martinez tinggalkan pentas antarabangsa?

Martinez tinggalkan pentas antarabangsa?

Emiliano Martinez sugul di bangku simpanan meratapi kekalahan Argentina kepada Sepanyol dalam aksi final Pial Dunia 2026, Isnin lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez mengakui sedang mempertimbangkan masa depannya di pentas antarabangsa selepas kegagalan mempertahankan kejuaraan Piala Dunia.

Martinez memberi bayangan itu menerusi hantaran penuh emosi di Instagram selepas Argentina tewas 1-0 kepada Sepanyol dalam masa tambahan pada final di East Rutherford, New Jersey, Ahad lalu.

“Saya bermimpi untuk memenanginya sekali lagi. Saya bermimpi membawa trofi itu pulang ke Argentina dan mencipta sejarah sekali lagi. Sejujurnya, kesedihan ini sukar digambarkan dengan kata-kata,” tulis Martinez.

Penjaga gol berusia 33 tahun itu berkata, dia memerlukan masa untuk berfikir sebelum membuat keputusan sama ada mahu terus bersama skuad kebangsaan atau tidak selepas Piala Dunia 2026 berakhir.

“Kini saya perlu menilai banyak perkara, memikirkan langkah seterusnya dan memutuskan sama ada sudah tiba masanya untuk mengundurkan diri. 

“Saya benar-benar minta maaf. Saya sudah memberikan segala-galanya demi negara dan rakan sepasukan,” katanya.

Martinez beraksi dalam kesemua lapan perlawanan Argentina pada kejohanan itu dengan mencatat dua aksi tanpa bolos serta melepaskan lapan gol sepanjang kejohanan.

Penjaga gol Aston Villa itu sudah membuat 67 penampilan bersama Argentina dan memainkan peranan penting dalam era kejayaan pasukan itu.

Beliau memenangi Anugerah Sarung Tangan Emas selepas membantu Argentina menjulang Piala Dunia 2022 di Qatar serta turut muncul juara Copa America pada tahun 2021 dan 2024, selain meraih anugerah penjaga gol terbaik dalam kedua-dua kejohanan itu.

Martinez masih mempunyai kontrak bersama Aston Villa sehingga tahun 2029 dan ketidakpastian ketika ini hanya membabitkan kariernya di peringkat antarabangsa.- AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN