Stadium Shah Alam: ‘Tersilau dengan kilauan kepala’

Stadium Shah Alam: ‘Ronnie Liu tersilau dengan kilauan kepala’

RONNIE Liu Tian
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Masalah rambut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew daripada DAP menjadi sindirian apabila beliau dikatakan ‘tersilau dengan kilauan kepala’ berhubung kos baik pulih Stadium Shah Alam bernilai RM787 juta.

Ronnie Liu sekali lagi menegaskan, kos tersebut terlalu mahal walaupun projek baik pulih itu tidak melibatkan sumber daripada kerajaan negeri dan pentaksirannya perlu dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Dalam satu laporan daripada Sungai Tua, dikatakan projek ini tidak akan melibatkan wang daripada kerajaan, maksudnya kalau tak silap saya akan ada pertukaran tanah. Saya bukan pertikai land swap, cuma saya ada soalan pada beberapa hari lalu, mana-mana kos untuk baik pulih stadium, sepatutnya dibuat oleh JKR.

“Saya khuatir kalau kos baik pulih dibuat oleh pihak lain ataupun pemaju yang terlibat dalam rancangan ini, ada kemungkinan RM787 juta untuk baik pulih Stadium Shah Alam, saya tak percaya, walaupun saya tak ada bukti dan bukan pakar hendak kata mahal sangat,” katanya ketika mencelah dalam ucapan penggulungan RS1 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin yang juga ADUN Sungai Tua, bagaimanapun menempelak Ronnie Liu dan menyifatkannya sebagai tersilap terhadap penilaian yang dilakukan terhadap kos baik pulih Stadium Shah Alam serta Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) keseluruhannya.

Malah, beliau membuat perbandingan dengan pembangunan di Kompleks Sukan Negara yang melibatkan Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Tertutup Axiata dan kolam renang didakwa mencecah RM1 bilion.

“Saya rasa pandangan Sungai Pelek, tersilau dengan kilauan kepala. RM787 juta sebab itu saya bandingkan Stadium Shah Alam dan kawasan pembinaan yang seumur dengan KSSA, yang seumurnya adalah Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Tertutup Axiata dan Kolam Rendang seluruh pembangunannya bernilai RM1 bilion. Bila dibuat, pada 2016 hingga 2017.

“Sebab itu saya minta Sungai Pelek jangan keluar dulu, ia tak dibuat oleh syarikat itu pun. Ia dibuat oleh pihak kerajaan negeri. Oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri, di tempatkan di mana? Di MBI (Menteri Besar Pemerbadanan), mudah sebab pelantikan mereka sementara secara kontrak bukan duduk di bawah pejabat kerajaan,” jelasnya.

Malah Amirudin turut mendakwa terdapat pegawai kepada Ronnie Liu yang dibayar untuk menentang projek mega tersebut dan mempertikai segala maklumat dinyatakan termasuk kos baik pulih berkenaan.

“JKR, hendak tunggu? Sungai Pelek pun faham, pernah jadi Exco. JKR mempunyai senarai yang panjang, hendak tunggu senarainya tiga tahun baru kita dapat. Kedua, pengarah (jawatan kuasanya) adalah bekas Pengarah JKR Selangor.

“Jadi, disiplinnya terhadap penilaian harga barangan masih lagi sama dan kita rujuk juga kepada JKR terhadap penilaian tersebut. Tak betul, penilaian itu tak dibuat oleh syarikat itu pun. Kita yang buat sendiri, sebab itu jawatan kuasa ini akan menjadi pengimbang di antara syarikat dengan kerajaan negeri.

“Kalau kita lihat hanya RM787 juta, kita kata wow Amirudin buat projek besar hendak masuk poket. Ini semua dakwaan yang dibuat oleh pegawai Sungai Pelek kepada kita, yang tak betul. Saya tahu, Sungai Pelek membiayai mereka,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya