Skandal LCS: Bekas naib pengerusi eksekutif didakwa esok

Skandal LCS: Bekas naib pengerusi eksekutif didakwa esok

PROJEK LCS dihentikan kerana syarikat bertanggungjawab, Boustead Naval Dockyard Sdn. Bhd. (BNS) sudah 'kehabisan duit' untuk melaksanakannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang bekas naib pengerusi eksekutif sebuah syarikat perkapalan akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, esok rentetan siasatan skandal kapal kes perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang sepatutnya dimiliki Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Difahamkan, lelaki yang berusia hampir 80 tahun itu didakwa atas tiga pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah.

Skandal berhubung kapal tempur menarik perhatian ramai apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya mendedahkan kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), yang dilaksanakan secara runding terus, namun tiada kapal yang diterima setakat ini.

KERATAN laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, mendedahkan lebihan kos projek LCS berjumlah RM1.4 bilion, dengan RM400 juta digunakan untuk membayar hutang lama daripada projek kapal peronda lama.

Dalam laporan tersebut, PAC menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca ke­pincangan projek LCS, antaranya kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion kepada Bous­tead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) bagi projek runding te­rus namun tiada kapal diterima setakat ini.

SPRM kemudian menerima laporan berhubung projek LCS susulan kegagalan pihak terbabit menyerahkan kapal tersebut mengikut tempoh ditetapkan.

Mengikut kontrak asal yang ditandatangani pada 2014, TLDM sepatutnya menerima LCS pertama pada April 2019 setelah membuat bayaran le­bih RM6 bilion.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) melakukan siasatan beberapa tahun lalu dengan mengambil keterangan lebih 35 saksi berhubung projek mega tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya