Switzerland undi cadangan hadkan populasi tidak lebih 10 juta

Switzerland undi cadangan hadkan populasi tidak lebih 10 juta

SEORANG lelaki berjalan di hadapan poster kempen inisiatif untuk mengehadkan populasi kepada 10 juta, yang dilancarkan Parti Rakyat Switzerland (SVP) di Zurich.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERN: Pengundi Switzerland akan menentukan nasib cadangan kontroversi untuk mengehadkan populasi negara itu kepada 10 juta orang menerusi undian kebangsaan yang berakhir hujung minggu ini.

Cadangan yang dikemukakan Parti Rakyat Switzerland (SVP) itu menetapkan kerajaan untuk memastikan jumlah penduduk tidak melebihi 10 juta menjelang 2050.

Jika populasi mencecah 9.5 juta sebelum tempoh tersebut, kerajaan perlu memperketatkan syarat penyatuan semula keluarga, permit pemastautin dan permohonan suaka bagi mengekang pertumbuhan penduduk.

Jika jumlah penduduk masih melepasi ambang 10 juta sebelum 2050, Bern perlu menarik diri daripada perjanjian pergerakan bebas negara dengan Kesatuan Eropah (EU), yang berpotensi menamatkan akses Switzerland kepada pasaran tunggal blok tersebut.

Sistem demokrasi langsung Switzerland membolehkan ‘inisiatif rakyat’ dibawa ke referendum sekiranya memperoleh 100,000 sokongan dalam tempoh 18 bulan.

Referendum seperti itu biasanya diadakan empat kali setahun dan sering digunakan oleh SVP yang terkenal dengan pendirian anti imigresen.

Populasi Switzerland berkembang jauh lebih pantas berbanding negara-negara EU lain, meningkat 23 peratus sejak perjanjian pergerakan bebas berkuat kuasa pada 2002. 

Dalam tempoh sama, keluaran ekonomi negara itu turut meningkat sekitar 24 peratus, menurut data kerajaan. Kira-kira 27 peratus penduduk Switzerland bukan warganegara itu.

Penyokong inisiatif tersebut mendakwa, kemasukan pekerja asing, terutama dari EU, memberi tekanan besar terhadap perumahan, sekolah, pengangkutan, sistem kebajikan dan cara hidup rakyat negara itu.

“Imigresen yang tidak terkawal menyebabkan Switzerland berkembang terlalu cepat. Kesan negatifnya kini dapat dirasai dalam semua aspek kehidupan,” kata SVP, parti terbesar di Parlimen Switzerland sejak 1999, dalam kempen mereka.

Kerajaan Switzerland yang terdiri daripada tujuh menteri mewakili empat parti terbesar negara itu, termasuk SVP, secara kolektif menentang inisiatif berkenaan dengan memberi amaran ia boleh mengancam kestabilan negara, menjejaskan ekonomi dan mengurangkan kemakmuran rakyat.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN