Siswazah lulusan institusi awam berkualiti  - Utusan Malaysia

Siswazah lulusan institusi awam berkualiti 

AHMAD Masrizal Muhammad (dua kanan) menyampaikan Hadiah Kecemerlangan Akademi kepada Dr. Mohamad Sabri Sinal selepas merasmikan HIMPU 2022 UUM di Sintok, Kubang Pasu.- UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Kualiti siswazah lepasan institusi pengajian awam negara ini tidak berkurangan sebaliknya terus diiktiraf sehingga menjadi pilihan pelajar-pelajar dari China dan Asia Barat.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad berkata, kementerian  yakin keupayaan universiti melahirkan siswazah  yang berkualiti menerusi  hasil kerja  pensyarah dan kehebatan institusi itu sendiri.

“Akhirnya, mereka lulus dan bergraduasi tetapi hal berkaitan tiada kerja adalah atas faktor lain  di luar daripada pengaruh kampus. 

“Contohnya penyedia ruang kerja yang mampu diwujudkan oleh sektor-sektor yang berkaitan seperti ekonomi, perkilangan, industri dan sebagainya kerana ini yang sebenarnya penting,” katanya ketika diminta mengulas peluang kerja graduan ketika ini.

Ahad lalu, Kementerian Pendidikan mengakui kadar gaji yang rendah dan tidak banyak berubah setelah sekian lama menjadi antara cabaran dalam memastikan pelajar terus menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin sendiri mengakui, kadar gaji yang ditawarkan tidak banyak berubah sejak dahulu dan pada masa sama kos sara hidup terus meningkat.

Terdahulu, Ahmad Masrizal hadir Hari Inovasi dan Majlis Penganugerahan Universiti (Himpu) 2022 Universiti Utara Malaysia (UUM). Turut menyertai majlis itu  Naib Canselornya, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah.

Ditanya mengenai isu keciciran pelajar universiti ketika pandemik, beliau berkata, pihak universiti sedaya upaya membantu pelajar terlibat agar tidak terus tercicir.

“Saya tidak mempunyai data khusus mengenai jumlah pelajar yang tercicir ketika pandemik Covid-19, namun saya menjangkakan ia tidak sampai lima peratus daripada jumlah pelajar yang kita ada.

“Pihak universiti mempunyai satu mekanisme untuk pastikan pelajar tidak tercicir, sekiranya kita kesan pelajar itu kita akan rujuk kepada kaunselor atau perunding universiti, cuma jika ia disebabkan masalah peribadi itu persoalan lain,” jelasnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya