Sertai BN: PBM sedia terima sebarang keputusan 

Sertai BN: PBM sedia terima sebarang keputusan 

ZURAIDA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Parti Bangsa Malaysia (PBM) bersedia menerima sebarang keputusan termasuk sekiranya permohonan parti itu untuk menyertai Barisan Nasional (BN) tidak diterima.

Bakal Presiden PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, apa pun keputusan yang diterima nanti sama sekali tidak melemahkan semangat juang PBM untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, keputusan berhubung permohonan itu hanya diketahui selepas BN mengadakan mesyuarat yang dijangka Isnin ini.

“Seperti yang dimaklumkan, kita sudah membuat permohonan dan dikhabarkan BN bermesyuarat Isnin ini. Selepas itu barulah kita tahu apa berita (hasil mesyuarat).

“Kita PBM, kita mempunyai semangat yang tinggi kerana saya lihat daripada pengalaman, kita boleh harungi apa sahaja kemungkinan. Insya-Allah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pejabat PBM Perak Ipoh di sini, hari ini.

Menerusi laporan media sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang itu memberitahu telah menghantar permohonan rasmi untuk menyertai BN bagi membentuk sebuah gabungan parti baharu dalam menghadapi PRU15.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan berkaitan permohonan PBM itu nanti adalah adalah hasil persetujuan bersama keempat-empat parti komponen yang membentuk BN ketika ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya