Dron bantu PGA gagalkan penyeludupan kain batik RM1.7 juta

Dron bantu PGA gagalkan penyeludupan kain batik RM1.7 juta

SEBAHAGIAN kain batik seludup dari Thailand yang dirampas PGA dalam serbuan di Tumpat, Kelantan tengah malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan cubaan menyeludup kain batik berjumlah RM1.7 juta dari Thailand melalui bantuan dron di pangkalan haram Nibong di sini tengah malam tadi.

Dalam serbuan pukul 12.22 tengah malam itu, PGA turut menahan pemandu lori berusia 32 tahun bagi membantu siasatan.

Komander Briged Tenggara Senior Asisten Komsioner Ahmad Radzi Hussain berkata, hasil perhatian menggunakan dron anggota bertugas telah mengesan sebuah lori telah memasuki kawasan pengkalan haram berkenaan.

Katanya, pemerhatian lanjut mendapati beberapa lelaki sedang memunggah guni-guni dari perahu ke dalam bahagian belakang lori berkenaan.

“Anggota serbuan telah ke lokasi dan berjaya menahan lori tersebut dan pemeriksaan di bahagian belakang kenderaan itu telah menjumpai guni-guni biru dan putih.

“Pemeriksaan lanjut mendapati setiap guni mengandungi kain-kain batik seperti diperenggan rampasan yang dipercayai diseludup dari Thailand,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, hasil soal siasat suspek mengaku menerima upah dengan kadar RM 50 dari seorang lelaki untuk menghantar kain batik tersebut sebuah rumah di kawasan Pasir Tumbuh, Kota Bharu.

Katanya, ia akan dipasarkan sebagai kain batik bermutu tinggi Terengganu dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN