Remaja autisme hantar lokasi ketika suspek tidur

Remaja autisme hantar lokasi ketika suspek tidur

REMAJA austime ini bijak mengambil kesempatan menghantar lokasi dia berada ketika penculik sedang tidur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Remaja autisme yang hilang dan dilarikan seorang lelaki dari Kulai, Sabtu lalu bertindak bijak dengan mengambil ke­sempatan menghantar lokasinya ketika penculik, iaitu seorang lelaki Rohingya sedang tidur.

Menurut ibu saudara gadis berkenaan, Adawiah Othman, 27, mangsa yang lebih mesra dipanggil kakak memberitahu, dia dipe­lawa oleh suspek yang menyamar sebagai rakan sebaya.

Suspek yang didakwa seorang guru al-Quran turut mengugut dan mengikat mangsa sebelum dibawa ke Kelantan menaiki bas ekspres.

“Kakak beritahu, dia diikat oleh mangsa dan diugut mendiamkan diri. Ketika ditanya mengapa tidak cuba untuk melarikan diri atau meminta pertolongan semasa dibawa ke Kelantan, kakak hanya membe­ritahu dia takut.

“Ketika berada di sebuah pre­mis di Tanah Merah, Kelantan, kakak terdengar suspek berbual dalam bahasa Rohingya, dia beri­tahu tidak faham namun terde­ngar perkataan ‘Kedah’, menjadikan dia berasa lebih bimbang akan dibawa lari ke tempat lebih jauh.

“Disebabkan itu, kakak me­ngambil kesempatan ketika suspek sedang tidur dan memberi satu mesej kepada nombor rakannya memberitahu lokasi dia berada dan meminta untuk memaklumkan ahli keluarga untuk diselamatkan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Keluarga dimaklumkan tentang penemuan mangsa oleh polis kira-kira pukul 12 tengah hari Khamis lalu selepas pihak berkuasa menyerbu lokasi yang dihantar oleh mangsa.

“Suspek menyamar sebagai ra­kan sebaya kakak melalui satu kumpulan WhatsApp. Saya yakin suspek telah mengambil kesem­patan terhadap mangsa meman­dangkan kekurangan yang dimilikinya.

“Tetapi mujurlah kakak telah ditemukan dengan selamat dan sudah dibawa kembali ke kediaman keluarga di Bandar Putra, Kulai, semalam.

“Cuma keadaannya ketika ini dia agak membimbangkan, dia tidak banyak bercakap dan tidak mempunyai selera makan sehingga kami terpaksa memujuknya untuk makan demi kesihatan dirinya,” jelasnya.

Sementara itu, bapa tirinya, Mohd. Azmi Abdullah, 40, pula memberitahu, anak kedua daripada ketiga beradik itu masih trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya.

“Dia masih trauma, banyak berdiam diri dan termenung selepas dibawa pulang dari Kelantan. Ada sesekali kakak cakap macam tidak mahu hidup. Kita sebagai ahli keluarga banyak beri semangat kepada diri nya.

“Dia kerap menangis dan sa­ngat malu dengan kejadian ini,” katanya.

Semalam, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun memaklumkan suspek yang turut mengajar sebagai guru al-Quran ditahan di Kampung Sat, Tanah Merah bagi membantu siasatan kes membabitkan remaja berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN