Putrajaya Berqiamullail Sabtu ini 

Putrajaya Berqiamullail Sabtu ini 

Peguam syariah mahu bukan Islam tidak mencampuri urusan perundangan Islam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama rakan strategik sekali lagi menganjurkan program Putrajaya Berqiamullail pada Sabtu ini bermula pukul 4.30 pagi bertempat di Masjid Putra, di sini.

Jawi menerusi kenyataan akhbar berkata, program itu dianjurkan dengan kerjasama Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan agensi hal ehwal Islam di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). 

Menurutnya, siri kedua program itu adalah kesinambungan program sama yang dianjurkan pada Jun lalu dan ia akan dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, 

“Pengisian utama program tersebut ialah qiamullail secara berjemaah yang akan dipimpin oleh Qari Selebriti Ustaz Ahmad Tirmizi Ali, solat Subuh berjemaah dan penyampaian Tausiah. 

“Program ini menyasarkan kehadiran seramai 2,000 orang jemaah sekitar Putrajaya dan Lembah Klang,” katanya. 

Katanya, program ini adalah selaras dengan Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan 2020-2024 yang berhasrat membudayakan amalan berqiamullail dalam kehidupan seorang muslim di semua peringkat. 

Tambah Jawi lagi, pihaknya berharap amalan qiamullail ini dapat membina sebuah institusi keluarga yang sejahtera dan memperkukuhkan jati diri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya