Volkswagen bakal buang 50,000 pekerja lagi - Utusan Malaysia

Volkswagen bakal buang 50,000 pekerja lagi

SYARIKAT Volkswagen akan membuang 50,000 lagi pekerja. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Gergasi automotif Ero­pah, Volkswagen (VW) meran­cang untuk mengurangkan lagi 50,000 peluang pekerjaan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberhentian pekerja mencecah 100,000 orang.

Gergasi automotif Jerman itu berdepan tekanan hebat akibat tarif Amerika Syarikat (AS) sehingga margin keuntungan yang semakin mengecil akibat persaingan kenderaan elektrik.

Namun, yang paling ketara ialah persaingan sengit di pa­sa­ran utama China, di mana pe­nge­luar kereta tempatan dari ne­­gara itu  kini semakin agresif meng­eksport kenderaan ke Eropah.

Minggu lalu, pihak pengurusan kumpulan yang memiliki 10 jenama itu memulakan rundingan yang dijangka  sukar mengenai pengurangan tenaga kerja bersama lembaga penyelidikan, ketika pekerja mengadakan bantahan di kilang-kilang di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Oliver Blume mendedahkan rancangan drastik tersebut menerusi satu memo dalaman kepada kakitangan syarikat, sebagai langkah terdesak untuk mengurangkan kos operasi pengeluar kenderaan terbesar di Eropah itu.

Langkah pengurangan tenaga kerja berskala besar yang turut melibatkan kemungkinan penutupan empat buah kilang di Jerman ini dijangka menjadi antara program pemberhentian pekerja terbesar dalam sejarah korporat negara itu.

“Jumlah tenaga kerja kumpulan ini telah berkembang pesat selama beberapa dekad sehingga mencapai satu tahap yang tidak lagi mampu ditampung dan tidak mampan pada masa kini,” jelas Blume.

Pengurusan tertinggi kumpulan VW yang turut memiliki jenama mewah Porsche dan Audi kini sedang bergelut untuk menstruktur semula syarikat susulan kemerosotan keuntu­ngan yang mendadak.

Menurut Blume, kos operasi Volkswagen adalah kira-kira 20 peratus lebih tinggi berbanding pesaing dan menambah bahawa kos operasi tidak langsung perlu dikurangkan ke tahap yang le­bih kompetitif.

“Oleh kerana separuh daripada kos operasi tidak langsung berpunca daripada kos tenaga kerja, pengiraan secara teori  dengan andaian tiada perubahan pada kos buruh menunjukkan kira-kira 50,000 pekerjaan mungkin terpaksa dikurangkan,” katanya. – AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN