Terserempak pukul 1 pagi, Ozlynn kongsi pengalaman jumpa Jackie Chan di R&R Seremban - Utusan Malaysia

Terserempak pukul 1 pagi, Ozlynn kongsi pengalaman jumpa Jackie Chan di R&R Seremban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Ozlynn Waty berkongsi pengalaman menarik apabila pernah terserempak dengan bintang aksi antarabangsa terkemuka, Jackie Chan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban.

Ozlynn atau Rozlinawaty Ismail, 45, berkata, detik tidak disangka itu berlaku kira-kira pukul 1:00 pagi sewaktu dia dan suaminya, Johan, berada di lokasi berkenaan.

Pertemuan singkat tersebut bagaimanapun tidak sempat dirakamkan menerusi foto atau video kerana situasi yang berlaku secara spontan.

“Jackie Chan! Kami berjumpa di R&R Seremban pada pukul 1:00 pagi. Kami tidak sempat untuk mengambil gambar bersama, tetapi soalan pertama yang keluar daripada mulut saya adalah Mr Jackie?

“Beliau menjawab ya, memang beliau individu berkenaan. Selepas itu, kami terus memberitahu beliau bahawa kami merupakan peminatnya,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Ozlynn turut berkongsi bahawa kehadiran Jackie Chan di lebuh raya berkenaan adalah bagi meneruskan perjalanan ke negara jiran bersama sebuah kumpulan kenderaan mewah.

“Beliau mahu menuju ke Singapura bersama sekumpulan kereta Lamborghini. Kumpulan kenderaan tersebut dianggarkan dalam lingkungan tujuh hingga lapan buah,” ujarnya.

Ozlynn berkongsi kisah berkenaan bagi menjawab pertanyaan daripada sebuah syarikat penstriman digital, Viumalaysia, yang bertanyakan mengenai pengalaman peminat terserempak dengan selebriti popular.

Untuk rekod, Ozlynn mendirikan rumah tangga dengan pelawak dan penyampai radio terkenal, Johan, pada Ogos 2009 dan pasangan bahagia ini dikurniakan enam orang cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN