Polis Pahang sedia hadapi PRU15

Polis Pahang sedia hadapi PRU15

RAMLI Mohamed Yoosuf (duduk, tengah) bergambar kenangan pada Majlis Serah dan Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Pahang, Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi dan Ketua Polis Daerah Raub di IPK Pahang di Kuantan, Pahang. - FOTO/DIANA SURYA ABD. WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Persiapan dan keperluan penugasan pegawai dan anggota polis sudah lama dilakukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, anggota pasukan keselamatan terbabit bersedia sepenuhnya untuk ditempatkan di setiap lapangan yang telah pun disusun atur.

Bagaimanapun katanya, beberapa aspek sedang diperkemaskan lagi sebagai persediaan jika berlaku sebarang kemungkinan.

“Sesi latihan dan taklimat akan terus dijalankan dari masa ke semasa termasuk pendekatan baharu yang akan diguna pakai nanti.

“PRU15 ini dijangka berbeza berbanding PRU14, justeru pendekatan baharu perlu diberi perhatian termasuk melengkapkan keperluan lain serta penambahan anggota,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah dan Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Pahang, Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi dan Ketua Polis Daerah Raub di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini hari ini.

Ramli sebelum itu hadir menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Pahang antara Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri kepada Datuk Abdul Razak Mohd. Yusoff.

Abdul Razak yang sebelum ini bertugas sebagai Komander Komando 69 menggantikan Mohd. Yusri yang dilantik sebagai Ketua Polis Perak.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, antara persedian yang ditekankan adalah daripada segi fizikal dan mental untuk berdepan PRU15.

Jelasnya, pihaknya menjangkakan cabaran penugasan adalah di kawasan terpencil iaitu dari segi geografinya.

“Pahang mempunyai lebih 5,000 pegawai dan anggota dan mencukupi untuk ditempatkan di 11 daerah seluruh Pahang pada PRU15.

“Sekiranya ada keperluan untuk menambah bilangan anggota, ia akan dipertimbangkan melalui tindakan sewajarnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN