Pemimpin tidak terpilih calon perlu kekal setia kepada parti

Pemimpin tidak terpilih calon perlu kekal setia kepada parti

DR. Ahmad Razif (tengah) menyertai gotong-royong mengacau bubur asyura di pekarangan pejabat DUN Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Razif Abdul Rahman meminta pemimpin UMNO yang tidak terpilih sebagai calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu mengekalkan kesetiaan kepada parti.

Beliau berkata, sebagai pemimpin berjiwa besar, mereka yang tidak dicalonkan perlu meneruskan perjuangan dan jangan timbulkan masalah kepada parti.

“Pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon untuk bertanding pada PRU akan datang perlu setia kepada parti, cogan kata bersedia berkhidmat perlu direalisasikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada  Program Memasak dan Menggubah Bubur Asyura anjuran bersama Pejabat Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Seberang Takir dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) Malaysia Cawangan Kuala Nerus, di sini, hari ini.

Ketika mengulas senarai calon untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang, Dr. Ahmad Razif yang juga yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Seberang Takir  berkata, senarai calon bagi mewakili parti sudah di peringkat akhir.

“Saya difahamkan senarai nama calon sudah di peringkat terakhir dan UMNO kini sudah bersiap sedia untuk menghadapi PRU15.

“BN dan UMNO kini sudah bersiap sedia, senarai calon pun sudah dikenal pasti dan jentera parti berada dalam keadaan bersiap sedia,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai kedudukannya pada PRU15, Dr. Ahmad Razif pula berkata, beliau menyerahkan kedudukannya sebagai calon kepada Presiden UMNO, Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, beliau akan tetap meneruskan perjuangan walaupun namanya tidak tersenarai sebagai calon.

“Terpulang kepada Ahmad Zahid, tetapi tiada masalah sama ada terpilih atau sebaliknya, dari segi perjuangan saya perlu teruskan.

“Sebagai pemimpin parti perlu akur kerana yang akan menentukan terpilih atau sebaliknya adalah pucuk pimpinan tertinggi parti dan akhirnya ketentuan Allah,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN