‘Isu ‘retis’, gelaran mengarut itu tak menjadi kudis pun’ - Utusan Malaysia

‘Isu ‘retis’, gelaran mengarut itu tak menjadi kudis pun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: 29 tahun mewarnai industri hiburan tanah air, pelakon, Farah Ahmad tidak bersetuju apabila sesetengah pihak menggelar penggiat seni dengan gelaran ‘retis’.

Kata Farah, istilah tersebut bukan sahaja tidak wujud, malah tidak seharusnya dijadikan sebagai bahan ‘ejekan’ yang seolah memperkecilkan kerjaya sebagai seorang artis dan selebriti.

“Terbaca isu retis. Mengikut peribadi diri ini memang tak setuju. Kami pelakon bukan retis dan tak ada istilah retis dalam kamus. Yang ada adalah artis dan selebriti. Jangan pukul rata memberi gelaran,” katanya di Instagram.

Tambah Farah, dia juga tidak terkesan dengan gelaran tersebut memandangkan sudah terbiasa dengan sepak terajang sebagai seorang pelakon.

“Tapi nak tak nak sebagai manusia diri ini akur akan manusia ada yang pandai tapi tidak bijaksana. Ada yang berakal ada juga yang panjang akal. Jadi gelaran mengarut itu tak menjadi kudis pun.

“Senang tak jadi pelakon? Senang, jika kau faham pelakon itu apa. Kaya tak jadi pelakon?
Kalau jadi pelakon semata jawapannya, tidak. Kalau jadi pelakon dan selebriti, ya ada kemungkinan. Kalau jadi pelakon, selebriti dan pempengaruh, ya kemungkinan,” jelasnya.

Dalam hantaran tersebut, Farah turut berkongsi video proses pembikinan sesebuah naskhah yang digandingkan bersama pelakon, Hushairi Husain.

Perkongsian tersebut turut merungkai persoalan sesetengah pihak yang berpendapat bergelar insan seni itu mudah.

“Sebelum pengarah tengok, kami berlatih dulu untuk kenal pasti momentum kerana takut kena marah. Al maklum dialog panjang macam baca novel. Sebenarnya kami sudah tua.

“Latihan menjadikan lakonan lebih mantap. Ulang banyak kali sampai diri sendiri dan rakan lakon lancar. Bukan sekadar lancarkan dialog sahaja.

“Waktu ini boleh berlatih intonasi, momentum, tenaga dan bertukar pendapat mengenai text dan akan permain emosi yang akan dimainkan.

“Siapa kata pekerjaan pelakon senang? Macam-macam perlu difahami sebelum bagi penonton faham. Dan peringatan, kami pelakon bukan retis,” ujarnya.

Sebelum ini, pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty menegur segelintir pihak yang menghina dan mempersendakan pekerjaan sebagai artis dengan gelaran ‘retis’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN