Pemilik syarikat dipenjara, didenda RM10,000

Pemilik syarikat dipenjara, didenda RM10,000 palsu dokumen

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pemilik syarikat swasta dihukum penjara satu hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan memalsukan dokumen berhubung pembekalan makanan ke sebuah sekolah asrama bernilai RM2 juta, empat tahun lalu. 

Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Muhammad Hairul Nizam Hussin, 31, membuat pengakuan itu terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa. 

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan penyata akaun Maybank milik syarikat Azam NJ Resources bertarikh 30 Julai 2018 yang palsu ketika menyertai tender terbuka bagi perkhidmatan membekal makanan bermasak ke asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah, Terengganu.

Kesalahan itu dilakukan pada Oktober 2018 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. 

Pendakwaan terhadap Muhammad Hairul Nizam dibuat mengikut Seksyen 471 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Ketika membuat rayuan, Muhammad Hairul memohon supaya diberikan jumlah denda yang rendah kerana dia menanggung dua anak yatim yang merupakan anak kepada Allahyarham kakaknya selain perlu menjaga isterinya yang sedang hamil. 

Bagaimanapun, Farah Yasmin mohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang bersesuaian tertuduh.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah memohon tender bernilai RM2,793,369.60 sen bagi perkhidmatan bekalan makanan SMK Tengku Intan Zaharah, Terengganu pada 2018.

Ia adalah tender yang ditawarkan melalui proses tender terbuka oleh Jabatan Pendidikan Terengganu untuk membekalkan perkhidmatan makanan di sekolah itu. Proses permohonan dibuka dari 27 Julai hingga 18 Oktober 2018 dan perkhidmatan adalah dari 1 Januari 2019 hingga 31 Dis 2020.

Dia kemudian telah memuat naik beberapa dokumen termasuk keterangan mengenai petender, kepatuhan terhadap kelayakan pengurus dan penyelia asrama, borang sumber kewangan, jadual harga mengikut sajian, senarai jenama bahan-bahan makanan yang digunakan serta penyata akaun bank syarikat berkenaan bertarikh 30 Julai, 31 Ogos 2018 dan 30 September tahun sama.

Tertuduh telah mengemukakan beberapa dokumen yang diperlukan untuk permohonan itu, termasuk penyata bank akaun Maybank palsu, yang didakwa di bawah Azam NJ Resources. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya