Pemandu mabuk rempuh tujuh kenderaan ditahan 

Polis tahan pemandu mabuk rempuh tujuh kenderaan 

SALAH sebuah kenderaan yang dirempuh seorang pemandu mabuk di Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Insiden seolah-olah dalam permainan Grand Theft Auto (GTA) berakhir selepas lelaki berusia 38 tahun yang memandu secara berbahaya dengan merempuh beberapa buah kenderaan ditahan polis di Saleng, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, suspek bertindak merempuh tujuh buah kenderaan, sebelum mencuri salah sebuah kenderaan yang dirempuhnya.

Lelaki berkenaan berada dalam pengaruh alkohol ketika melakukan perkara tersebut.

“Pada pukul 7.30 malam semalam, anggota polis yang melakukan rondaan menerima maklumat terdapat sebuah kenderaan jenis pikap, iaitu Toyota Hilux dipandu secara berbahaya di kawasan Johor Premium Outlet (JPO).

“Pemandu kenderaan tersebut bertindak merempuh lima buah kenderaan di Jalan Persiaran Indahpura, sebelum merempuh dua buah kenderaan lain di Lebuhraya LinKedua,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Suspek kemudiannya bertindak memberhentikan kenderaan di tepi jalan sebelum melarikan sebuah Perodua Axia, iaitu salah sebuah kenderaan yang dirempuhnya dan menuju ke sebuah stesen minyak di Saleng.

“Suspek kemudian berjaya ditahan anggota peronda dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Kulai untuk tindakan lanjut.

“Ujian air kencing yang dibuat mendapati suspek negatif pengambilan dadah namun ujian pernafasan mendapat suspek berada dalam keadaan mabuk,” katanya sambil memberitahu tiada pemandu dan penumpang tujuh kenderaan yang dirempuh mengalami kecederaan.

Suspek kini dikenakan tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 379 A Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.