Pemandu cedera dilanyak penduduk akibat langgar rumah, kereta  -

Pemandu cedera dilanyak penduduk akibat langgar rumah, kereta 

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda dibelasah penduduk setempat selepas melanggar pagar rumah dan sebuah kereta di Taman Makmur, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 2.11 pagi, pemandu berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian muka setelah dipukul penduduk setempat yang berang dengan kejadian tersebut. 

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, Toyota Hilux dipandu pemuda berkenaan merempuh pagar rumah serta kereta milik seorang penduduk sehingga masuk ke dalam rumah.

Bagaimanapun, kemalangan itu tidak melibatkan sebarang kecederaan.

“Anggota kereta peronda polis yang tiba di lokasi mendapati berlaku pergaduhan sehingga pemuda itu cedera di muka akibat dipukul orang awam di kawasan tersebut.

“Siasatan mendapati lelaki tempatan itu melanggar pagar rumah dan kereta milik seorang lelaki berusia 60 tahun. Suspek dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujian pernafasan yang dibuat mendapati pemuda berkenaan tidak memandu dalam pengaruh alkohol, namun, semakan rekod lampau mendapati dia mempunyai dua rekod jenayah.

“Lelaki yang cedera dipukul itu dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru bagi mendapatkan rawatan,” ujarnya. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis turut membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Polis masih mengenal pasti individu yang terlibat memukul pemandu itu.

“Saksi kejadian tersebut diminta untuk tampil memberikan maklumat ke IPD Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd. Fatin 018-3649199 atau Inspektor Dzulhanafie 019-5383819,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya