Pelaburan swasta di Perlis cecah nilai RM25.16 bilion

[Sidang DUN] Pelaburan swasta di Perlis cecah nilai RM25.16 bilion

AZLAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Perlis menerima jumlah pelaburan swasta mencecah RM25.16 bilion bagi tempoh sehingga Julai tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, pelaburan pihak swasta merupakan aspek penting dalam pembangunan ekonomi di negeri ini dan turut menjadi penentu kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Katanya, kerajaan negeri turut meluluskan pakej inisiatif pelaburan pasca Covid-19 yang merangkumi elemen fiskal dan bukan fiskal bagi menarik lebih ramai pelabur swasta ke Perlis.

“Kerajaan negeri melalui pelbagai agensi giat melaksanakan projek-projek pembangunan khususnya melibatkan infrastruktur dan kemudahan sebagai pemangkin kepada pelaburan-pelaburan swasta,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Azlan (BN-Bintong) berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Datuk Ismail Kassim (BN-Tambun Tulang) berhubung prestasi yang dicapai kerajaan negeri dalam usaha memulihkan KDNK selepas memasuki era endemik.

Dalam pada itu, Azlan berkata, dalam usaha merangsang semula ekonomi dan mendepani pandemik Covid-19, pelbagai langkah serta bantuan telah diwujudkan antaranya melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE).

“Di bawah pakej ini, kerajaan negeri telah membelanjakan lebih daripada RM10 juta untuk 338 projek-projek kecil di pelbagai jabatan dan agensi negeri pada tahun 2020 dan 2021.

“Selain itu, lebih daripada RM19.6 juta dibelanjakan bagi 488 projek kecil lain di bawah pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) bagi melonjakkan kembali ekonomi negeri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya