Zaiton bimbang status Karim jejaskan atlet negara

Zaiton bimbang status Karim jejaskan atlet negara

KARIM IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya Sukan (PJS), Zaiton Othman percaya Olahraga Dunia (WA) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap Datuk Karim Ibrahim susulan isu penggantungan yang membabitkan Presiden Olahraga Malaysia (MA) itu.

Menurut Zaiton, badan induk olahraga dunia itu lazimnya berpegang teguh kepada peraturan dan tidak akan berkompromi sekiranya sesuatu pelanggaran tidak ditangani dengan sewajarnya

“Saya percaya ada surat daripada WA. Sehingga anda (Karim) membetulkan keadaan, barulah mereka (WA) boleh terima anda. Jika gagal, mereka akan mengenakan penggantungan kepada anda.

“Jangan ingat oh, tak ada surat, tak ada apa-apa, semuanya lancar, anda selamat. Tidak. Adakah sebarang permintaan atau rayuan dilakukan? Ada sebarang cabaran terhadap Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS)? Ada tak?

“Kalau tak ada, jangan ingat ia sudah berakhir. Sebab itu kita kena berhati-hati kerana apabila sudah terlambat, atlet kita nak masuk bertanding pun tak boleh,” katanya pada sidang akhbar satu gerakan baharu yang dikenali RISE dan diterajui oleh bekas atlet negara.

Terdahulu, terdapat laporan tentang sepucuk surat dihantar oleh WA kepada MA untuk mendapatkan penjelasan berhubung status jawatan presiden disandang oleh Karim susulan penggantungan yang dikenakan ke atasnya pada 2018 oleh badan induk dunia itu.

Namun, beliau masih dibenarkan bertanding dan berkhidmat dalam Majlis Eksekutif Olahraga Asia bagi penggal 2019-2023, walaupun selepas keputusan CAS. Tiada tempoh masa dinyatakan dan perkara itu tidak dibangkitkan semasa rayuannya di CAS.

Zaiton yang pernah mewakili negara dalam acara acara Heptathlon dan 400 meter (m) pada era 80an turut memberi contoh bagaimana Persekutuan Olahraga Rusia yang pernah digantung oleh WA.

“Olahraga Rusia pernah digantung, mereka sampai ke tahap itu (menerima hukuman) walaupun ada atlet kelas dunia. Perkara ini boleh berlaku (kepada atlet negara). Jadi anda tidak boleh melawan garis panduan atau peraturan yang ditetapkan oleh badan induk dunia,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN