Peguam Najib mohon tarik diri - Utusan Malaysia

Peguam Najib mohon tarik diri

HISYAM Teh Poh Teik hadir pada hari ketiga perbicaraan rayuan sabitan dan hukuman penjara bekas Perdana Menteri berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta di Mahkamah Persekutuan. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Peguam kepada Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan bahawa beliau menarik diri daripada mewakili  bekas Perdana Menteri itu berhubung rayuan sabit dan hukuman kes penyelewengan SRC.

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada mulanya menolak permintaan peguam dan mengarahkannya meneruskan kes, namun Hisyam menegaskan bahawa beliau tidak bersedia dan sekali lagi memohon penangguhan.

Bagaimanapun permohonan penangguhan itu tidak dibenarkan mahkamah.

Hisyam sekali lagi mengulangi memaklumkan bahawa beliau tidak bersedia sekali gus tidak dapat mewakili Najib dalam rayuan itu dan ingin menarik.

Beliau menyerahkan kepada mahkamah sama ada ingin meneruskan prosiding rayuan itu tanpa kehadiran beliau.

Najib turut diwakili peguam bela yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, Liew Teck Huat, Rueben Mathiavaranam dan Hannah Kam Zhen Yi.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Najib bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali turut menjatuhkan hukuman namun membenarkan permohonan peguam agar ia ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

Pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib dan mengekalkan sabitan ke atasnya.

Ketika pentadbirannya sebagai Perdana Menteri, Najib yang juga Menteri Kewangan, pernah menjadi Penasihat Emeritus SRC dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya