Najib terkejut, kecewa

Najib terkejut, kecewa

NAJIB Tun Razak (tengah) bercakap dalam sidang akhbar di Mahkamah Persekutuan hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyuarakan rasa terkejut dengan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak dua permohonannya dalam tempoh empat jam.

Permohonannya untuk memasukkan bukti baharu antaranya membabitkan hakim bicara, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali ditolak oleh panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat kira-kira pukul 1 petang.

Sebaik sahaja permohonan itu ditolak, mahkamah terus mendengar permohonan Najib untuk menangguhkan pendengaran rayuan akhirnya untuk tempoh antara tiga hingga empat bulan.

Kira-kira pukul 3.45 petang, panel tersebut sebulat suara menolak permohonan penangguhan itu atas alasan `keadilan tertangguh tertangguh adalah keadilan yahng dinafikan’.

Dengan reaksi wajah yang jelas menampakkan kekecewaannya, bekas Presiden UMNO itu menyatakan permohonan untuk memasukkan bukti baharu itu cukup kuat untuk diterima mahkamah namun ia tidak berlaku sedemikian.

“Saya terkejut. Saya kecewa dengan keputusan mahkamah yang tidak membenarkan saya memasukkan bukti baharu yang saya sesungguhnya percaya Hakim Mohd. Nazlan mempunyai konflik kepentingan yang tinggi. Saya juga percaya siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) juga menunjukkan perkara yang sama,”kata Najib.

Turut kecewa dan sedih ialah peguam bela Ahli Parlimen Pekan itu, Hisyam teh Poh Teik.

“Selama dua hari, kami (pembelaan) telah mengemukakan hujah yang cukup kuat berdasarkan fakta dan undang-undang untuk meyakinkan Mahkamah agar membenarkan permohonan kami supaya keadilan dilihat telah dilaksanakan. Malangnya, mahkamah tidak berpihak kepada kami,”kata peguam itu.

Tambahnya, pihaknya akan berbincang untuk tindakan selanjutnya dan akan memaklumkannya pada pendengaran rayuan itu Khamis ini.

Sementara itu, rakan kongsi firma guaman, Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST), Datuk Zaid Ibrahim, firma tersebut akan terus menyokong najib dan bersamanya sehingga ke titisan darah terakhir.

“Keadilan merupakan satu perjalanan yang jauh dan kadangkala jika kita tidak boleh dapatnya di sini, kita boleh dapatnkannya di tempat lain. Saya bersimpati dengan Najib dan keluarga dan saya bangga dengan Hisyam kerana sepanjang karier sebagai peguam bela, saya tidak pernah melihat saya tidak pernah melihat seorang peguam yang sangat bersemangat.

“Saya tahu beliau (Hisyam) seorang peguam yang jujur dan kita memang boleh bezakan antara peguam yang jujur dengan tidak jujur,” kata Zaid. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.