Kebersihan di Pasar Siti Khadijah kurang memuaskan

MPKB-BRI sifatkan tahap kebersihan di Pasar Siti Khadijah kurang memuaskan

ROSNAZLI Amin (tiga kanan) melihat kerja-kerja mengecat bagi menceriakan persekitaran semasa Program Gotong-royong Zon Bersih Indah ceria di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) menyifatkan tahap kebersihan di Pasar Siti Khadijah, di sini kurang memuaskan meskipun telah sebagai pasar awam terbersih di negara ini.

Yang Dipertuanya, Rosnazli Amin berkata, hasil pemantauan mendapati tahap kebersihan di bahagian barangan basah kurang memuaskan berbanding kawasan lain di dalam pasar berkenaan.

“Kita dapati penjaga membiarkan sisa barangan jualan itu seperti sayuran berada di tepi gerai masing-masing yang sepatutnya dibuang ke dalam tong sampah disediakan.

“Justeru itu, MPKB-BRI memohon kerjasama semua peniaga turut mengutamakan penjagaan kebersihan dan tidak mencari rezeki semata-mata,” kepada penberita pada Program Local Agenda 21, Program Gotong Royong Zon Bersih Indah Ceria Pasar Siti Khadijah, di sini hari ini.

Rosnazli memberitahu, walaupun kerja-kerja pembersihan merupakan tugas pihak berkuasa tempatan (PBT) namun para peniaga perlu turut sama memain peranan dengan menjaga kebersihan pasar.

Katanya, hal ini kerana Pasar Siti Khadijah merupakan tumpuan orang ramai termasuk pelancong dari dalam dan luar negeri termasuklah antarabangsa.

“Oleh itu, kecantikan dan kebersihan premis ini perlu terus dikekalkan. Tanpa kerjasama semua pihak tidak mungkin pasar ini menjadi bersih,” ujarnya.

Pada tahun lalu, Pasar Siti Khadijah menjadi pasar awam yang bersih di Malaysia apabila komitmen pelbagai pihak di bandar  Kota Bharu yang bergabung tenaga menaik taraf kebersihan Pasar Siti Khadijah berbaloi apabila premis ikonik itu meraih gelaran ‘Pasar Awam Terbersih 2021’ di Malaysia.

Anugerah itu diumumkan ketika Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Pe­ringkat Kebangsaan 2021 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Putrajaya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN