Minta nasi sebaik sahaja ditemukan

Minta nasi sebaik sahaja ditemukan

PAINAH SIWAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: “Bagi ibu nasi, ibu lapar.”
Itulah luahan pertama Painah Siwan, 79, kepada anaknya, Sadiah Mohari, 42, sebaik sahaja berjumpa dengan ibunya yang dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk menerima rawatan lanjut selepas ditemukan selamat semalam setelah dilaporkan hilang selama enam hari.

Menurut Sadiah, ibunya yang kini masih menjalani rawatan di HSNI bagaimanapun masih dalam keadaan lemah dan belum boleh banyak bercakap.

“Insya-Allah, apabila dia sihat dan sudah pulih sepenuhnya nanti saya akan bertanya bagaimana dia boleh tersesat kerana kebun kelapa sawit itu bukan asing baginya.

“Saya juga bersyukur kerana ibu masih dapat mengenali anak-anaknya yang datang me­lawatnya di HSNI semalam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Pada masa ini, semua ahli keluarganya mahu ibunya itu diberikan rawatan terbaik bagi memulihkan semula tenaganya agar kembali sihat dan pulang ke rumah bersama-sama keluarga.

“Kami masih belum pasti berapa lama ibu perlu mendapatkan rawatan, namun, apa yang pasti dia sudah dalam keadaan sihat walaupun masih lemah,” katanya

Pada 10 Ogos lalu, Painah dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun sawit untuk dijadikan penyapu lidi di kebun kelapa sawit di belakang rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang.

Sehubungan itu, sebuah pasukan mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan dan hasil pencarian selama lima hari akhirnya berjaya menemukan wanita warga emas berkenaan berhampiran lopak air hanya 1.4 kilometer dari rumah dan 900 meter dari pusat kawalan operasi SAR pada pukul 11.25 pagi, semalam.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.