‘Menteri Pertahanan angkuh, tidak boleh terima teguran’

‘Menteri Pertahanan angkuh, tidak boleh terima teguran’

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jawapan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein terhadap teguran berhubung Kapal Tempur Persisir (LCS) adalah angkuh dan kebudak-budakan.

Demikian respon Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar jawapan Hishammuddin yang mendakwa kenyataannya berkaitan LCS hanya bermotifkan politik sahaja. 

“Projek RM9 bilion, dah belanja RM6 bilion, sentimen politik apa yang dibicarakan ini? RM6 bilion duit rakyat. Jangan guna keselamatan negara sebagai alasan.

“Keselamatan negara macam mana kalau sampai bahan, alat-alat ketenteraan dan pertahanan penting pun masih mahu dirompak dan diambil komisen.

“Saya kata semua fasa-fasa on going diteruskan. Dia tidak baca dan dia tidak dengar. Ini masalahnya. Ini dia sebut, kalau saya quote Shakespeare, the insolence of office. Dia terlalu angkuh, tak baca tak dengar, tutup. Orang marah. Siapa yang marah? kontraktor? Yang kutip komisen?” soal Anwar. 

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN

Anwar mengulas perkara itu dalam sidang akhbar di Kuching semalam,  selepas mengadakan perjumpaan bersama Ketua-ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak.

Khamis lalu, Ahli Parlimen Port Dickson itu ketika berbahas di Parlimen mencadangkan agar fasa keenam projek LCS itu dihentikan susulan laporan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Bagaimanapun, Hishammuddin berkata ,kenyataan Anwar itu jelas berkisar kepada pertimbangan dan mainan politik semata-mata kerana bercanggah dengan keputusan yang dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) ketika mereka memerintah selama 22 bulan sejak 2018.

Tambah Hishammuddin, kenyataan Anwar itu menimbulkan kemarahan banyak pihak termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kerana jika projek yang membabitkan aset mereka itu dibatalkan, ia akan menyebabkan 400 vendor `gulung tikar’ dengan 90 peratus daripada jumlah vendor itu adalah kalangan veteran tentera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya