Bersatu sokong Pas, kemelut MB Perlis reda

Bersatu sokong Pas, kemelut MB Perlis reda

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyokong penuh pendirian Pas mengekalkan kedudukan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, sekali gus menamatkan spekulasi wujud usaha menjatuhkan beliau menerusi undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tindakan enam wakil rakyatnya yang tidak mengemukakan usul tersebut membuktikan keutamaan diberikan kepada kestabilan pentadbiran negeri serta keutuhan gabungan Perikatan Nasional (PN).

“Kita mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Shahidan Kassim mengenai isu Menteri Besar Perlis dan saya ingin tegaskan, hubungan di antara kami iaitu Bersatu dan Pas amat utuh dan tiada masalah pun.

“Jadi kami tiada masalah dengan cara Pas menyelesaikan kemelut di negeri Perlis,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, akhbar ini melaporkan polemik Abu Bakar bakal dijatuhkan menerusi undi tidak percaya di dalam sidang DUN dinoktahkan apabila Pas mengesahkan enam wakil rakyatnya tidak akan bertindak mengemukakan usul berkenaan.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata, meskipun keputusan itu tidak dimaklumkan lebih awal kepada kepimpinan Bersatu, perkara tersebut bukan isu besar dan dijangka akan diperincikan dalam mesyuarat PN akan datang.

“Pada kita perkara itu tidak menjadi masalah pun sama ada dimaklumkan lebih awal ataupun tidak kerana kita menyokong setiap pendrian yang dibuat Pas.

“Namun saya percaya perkara itu akan dimaklumkan dalam mesyuarat PN akan datang,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN