Mangsa terakhir bot karam disemadi sebelah rakan 

Mangsa terakhir bot karam disemadi sebelah rakan 

LIANG lahad bagi proses pengebumian mayat mangsa bot karam telah disediakan di Tanah Perkuburan Islam Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH : Jenazah mangsa terakhir bot karam di Pulau Redang, Terengganu, Raja Zainudin Raja Ibrahim yang ditemukan hari ini disemadikan bersebelahan rakannya di Tanah Perkuburan Islam Cherang Ruku, di sini.

Penghulu Mukim Ketereh Tugal, Wan Ramli Wan Ibrahim berkata, keputusan dibuat sebagaimana permintaan yang dimohon ahli keluarga mangsa.

Menurutnya, ahli keluarga yang menghubunginya petang ini meminta liang lahad diuruskan segera untuk proses pengebumian.

“Liang lahad telah disediakan bersebelahan dengan tekongnya yang ditemukan mati, Saludin Ismail di Tanah Perkuburan Islam Cherang Ruku sebagaimana yang diminta oleh ahli keluarganya. Mangsa yang tinggal di kawasan perumahan Taman Jaya, Semerak dijangka  dikebumikan selepas solat Isyak sekiranya tiada sebarang kesulitan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mayat lelaki itu dijumpai oleh sekumpulan nelayan pada kedudukan 9.4 batu nautika utara Pulau Redang pada pukul 11 pagi ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya