PETALING JAYA: Jangkaan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kapal tempur pesisir pantai (LCS) siap sekurang-kurangnya setahun hingga dua tahun lagi dianggap tidak realistik. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong berkata, ini memandangkan reka bentuk terperinci LCS yang sepatutnya dimuktamadkan pada November 2016 hingga kini masih belum disiapkan dan hanya siap 80 peratus. Menurutnya, pembinaan LCS melibatkan tiga fasa iaitu konsep reka…