Labur RM10,000 beli sarang kelulut

Labur RM10,000 beli sarang kelulut

ADI MOHD. YASIN menunjukkan produk madu kelulut yang dibotolkan untuk dijual kepada pelanggannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang guru au­tomatif sanggup melaburkan hampir RM10,000 sebagai modal membeli sarang kelulut untuk diusahakan secara sambilan bagi meraih pendapatan sampingan.

Adi Mohd. Yasin, 49, yang mula mengusahakan ternakan madu kelulut sejak 2017 meng­akui tertarik apabila melihat rakannya menjana pendapatan menerusi ternakan itu.

“Saya memang seorang yang tidak reti duduk diam. Jika tidak buat apa-apa, badan akan jadi malas, mahu tidur sahaja di rumah, sebab itu saya perlu buat apa-apa aktiviti untuk jadikan diri saya aktif.

“Selain ternakan kelulut, sebelum ini, saya juga pernah buat pelbagai aktiviti ekonomi se­perti menternak kambing, membawa grab pun saya pernah buat sebab hendak mengisi masa yang ada.

“Namun, saya dapati menternak kelulut sangat mudah, penjagaannya juga tidak renyah. Saya berhabis modal hampir RM10,000 untuk mendapatkan 38 sarang kelulut dan kini setiap bulan saya mampu meraih pendapatan sampingan lebih RM500,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kota Kecil, dekat sini.

Bapa kepada dua anak itu memberitahu, dia tidak pernah menyetrai sebarang kursus, namun, banyak menimba ilmu berkenaan kelulut menerusi saluran Youtube.

Sepanjang lima tahun meng­usahakan ternakan itu, pelbagai cabaran turut dihadapi antaranya 10 sarang kelulut yang dibeli tidak menjadi serta pernah dirosakkan oleh monyet yang memakan madu.

“Sebulan saya mampu memungut hasil madu sehingga empat kilogram dan setiap kilogram dijual pada harga RM180. Sambutan diterima amat menggalakkan terutamanya daripada rakan-rakan.

“Bagi saya mengusahakan madu kelulut ini sangat berbaloi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya