KPDNHEP akan siasat lanjut premis nasi ayam tular

KPDNHEP akan siasat lanjut premis nasi ayam tular

A. MOGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Pulau Pinang akan menjalankan siasatan lanjut ke atas premis nasi ayam di Sungai Ara dan Persiaran Gurney, di sini yang terbabit dalam video tular baru-baru ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya,  A. Mogan berkata, siasatan itu akan melihat dari sudut  apa-apa kenyataan yang boleh menjadi kesalahan melibatkan kedai itu di bawah Perintah Perihal Dagangan Perakuan dan Penandaan Halal di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Katanya, siasatan itu akan dijalankan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

”Semasa pemeriksaan dijalankan, didapati premis kedai makan tersebut tidak menggunakan kenyataan halal di bawah Perintah Perihal Dagangan Perakuan dan Penandaan Halal Akta Perihal Dagangan 2011 dan tiada pelanggaran kesalahan terhadap akta-akta yang dikuatkuasakan oleh KPDNHEP.

”KPDNHEP akan menjalankan siasatan selanjutnya sekiranya premis kedai makan tersebut menggunakan apa-apa kenyataan yang boleh menjadi kesalahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai dakwaan peniaga Muslim di Sungai Ara yang mengambil bekalan nasi ayam dan nasi itik di kedai peniaga bukan Islam.

Semalam, JHEAIPP mengesahkan kedua-dua premis di Sungai Ara dan Persiaran Gurney itu tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Dalam pada itu, Mogan mengingatkan mana-mana peniaga supaya beretika serta mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

“Orang ramai juga dinasihatkan tidak terpedaya dengan video tular yang selalu disiarkan di media sosial.

“Namun, pihak kami akan mengambil tindakan segera terhadap sebarang aduan yang diterima untuk memastikan kesejahteraan orang ramai dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana peniaga yang didapati melakukan kesalahan di bawah akta-akta yang dikuatkuasakan KPDNHEP,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.