Ketengah peruntuk RM35,000 baiki rumah rosak dipukul ribut

Ketengah peruntuk RM35,000 baiki rumah rosak dipukul ribut

AHMAD Said (dua dari kanan kanan) menyampaikan bantuan kepada salah seorang penduduk yang terlibat dalam kejadian ribut di Bandar Baru Cheneh, Kemaman, semalam. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) memperuntukkan lebih RM35,000 bagi membantu membaik pulih  70 rumah yang rosak dalam kejadian ribut di daerah ini dan Kemaman, Isnin lalu. 

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, bantuan segera sebanyak RM500 kepada setiap rumah terlibat bagi meringankan beban keluarga mangsa terlibat.

“Bantuan di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini diberikan secara terus bagi membantu penduduk terlibat apabila terdapat rumah berkenaan bukan sahaja mengalami kerosakan pada bumbung, malah perabot mereka juga rosak ditimpa hujan lebat,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika turun padang bersama Pengurus Besar Ketengah, Datuk Tengku Nadzri Tengku Musa meninjau rumah penduduk terlibat di Bandar Al Muktafi Billah Shah serta Bandar Baru Cheneh di sini, petang semalam.

Salah seorang penduduk, Zabidah Mahmud, 45, berkata, walaupun masih trauma dengan kejadian ribut itu, dia menarik nafas lega apabila menerima bantuan tersebut. 

“Sekurang-kurangnya dapat mak cik gantikan balik atap yang terbang dibawa angin. 

“Memang tak sangka nak jadi macam ni sebab pada awalnya mak cik ingatkan hujan seperti biasa sahaja, tapi tiba-tiba angin kencang dan ribut kuat,” katanya. 

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang Isnin lalu, lebih 70 buah rumah penduduk di kawasan pedalaman daerah ini dan Kemaman mengalami kerosakan akibat angin kencang dan ribut. Selain rumah, beberapa khemah peniaga turut musnah ditiup angin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya