Kerja pembersihan Kota Lukut selepas lantik kontraktor

Kerja pembersihan Kota Lukut selepas lantik kontraktor

KERATAN laporan Utusan Malaysia semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Kerja-kerja penyelenggaraan dan pemotongan rumput di Kota Lukut, di sini dijalankan dalam masa terdekat selepas selesai proses pelantikan kontraktor berkaitan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Choo Ken Hwa berkata, berlaku sedikit masalah berhubung kontrak kerja-kerja pemotongan rumput di kawasan tersebut pada tahun ini.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan tapak kota bersejarah tersebut kini kelihatan terbiar dan tidak diuruskan dengan baik.

“Sebelum ini, saya meminta Pegawai Kewangan Negeri menyalurkan peruntukan bagi kerja-kerja pemotongan rumput serta penyelenggaraan lain di kawasan tersebut dan sebanyak RM50,000 setahun diterima serta disalurkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson.

“Bagaimanapun, pada awal tahun ini, Pegawai Kewangan Negeri melihat peruntukan tersebut wajar disalurkan kepada Jabatan Muzium. Bagaimanapun, sehingga kini kerja-kerja pemotongan rumput dan sebagainya masih tidak dijalankan.

“Selepas itu, saya membangkitkan perkara ini dan kemudian pihak Pegawai Kewangan Negeri menarik peruntukan itu dan menyalurkannya semula kepada Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson. Sekarang, dalam proses pelantikan kontraktor dan kerja-kerja pemotongan rumput dan penyelenggaraan akan dimulakan tidak lama lagi,” katanya semalam.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, salah satu produk pelancongan di daerah ini iaitu Kota Lukut yang kini berada dalam keadaan terbiar dan dipenuhi semak serta lalang.

Lebih menyedihkan, kota yang didaftarkan sebagai wa­risan di bawah Akta Warisan Kebangsaan (Akta 645) oleh Jabatan Warisan Negara pada 2006 kini menjadi sarang kaki botol, malah, difahamkan turut menjadi lokasi maksiat pasangan kekasih.

Sementara itu, Ken Hwa berkata, pihaknya sentiasa mahu memastikan Kota Lukut sentiasa dikunjungi ramai kerana potensi besarnya sebagai salah satu produk pelancongan di daerah ini.

“Sebelum ini, saya juga mendapat peruntukan sebanyak RM400,000 bagi membina jalan baharu untuk naik ke bukit terletaknya Kota Lukut tersebut. Sebelum itu, ia jalan tanah merah sahaja dan penuh dengan semak, jadi, jalan baharu dibuat memudahkan orang ramai ke kawasan berkenaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.