Kerajaan tanggung subsidi elektrik RM5.8 bilion 

Kerajaan tanggung subsidi elektrik RM5.8 bilion 

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan menanggung subsidi elektrik sebanyak RM5.8 bilion bagi memanfaatkan semua ahli Keluarga Malaysia daripada impak kenaikan kos elektrik.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, ia susulan kenaikan harga arang batu yang kini mencecah AS$400 satu tan metrik pada pertengahan tahun ini.

Berikutan itu, jelas kementerian berkenaan, kerajaan akan membayar jumlah RM5.8 bilion tersebut kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memastikan syarikat penyedia elektrik itu tidak terkesan daripada kenaikan mendadak harga bahan api itu.

Ia bertujuan penjanaan elektrik selaras dengan mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR). 

“Kenaikan kos penjanaan elektrik juga meningkatkan keperluan modal kerja TNB. 

“Sehubungan itu, kerajaan juga akan memberi jaminan ke atas pembiayaan TNB sehingga RM6 bilion untuk memastikan operasi TNB menjana bekalan elektrik tidak akan terganggu bagi manfaat Keluarga Malaysia, di samping memangkin kemampanan industri tenaga negara,” katanya hari ini.

Kerajaan pada 24 Jun lalu memutuskan untuk mengekalkan tarif elektrik bagi semua pengguna untuk separuh tahun kedua tahun ini pada kadar yang sama dengan separuh tahun pertama 2022.

Ia susulan kepada kenaikan mendadak harga bahan api dunia pada tahun ini sekali gus meningkatkan kos penjanaan elektrik.

Pada awal 2021, harga arang batu adalah sekitar AS$80 satu tan metrik, namun pada pertengahan tahun ini ia mencecah AS$400 satu tan metrik. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN