Kerajaan ‘sementara’ banyak buat pembaharuan walaupun dibelenggu PRU15 

Kerajaan ‘sementara’ banyak buat pembaharuan walau dibelenggu PRU15 

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi oleh Khairy Jamaluddin hadir beramah mesra bersama sebahagian peserta pada Majlis Perasmian Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022  di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan ‘sementara’ disifatkan banyak melakukan pembaharuan yang bermakna meskipun dibelenggu dengan spekulasi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pembaharuan itu boleh dilihat menerusi kejayaan kerajaan mengawal penularan Covid-19.

“Sedar atau tidak, selama setahun ini kita dapat mengawal Covid-19 dengan agak baik. Menjadi kerajaan ketika ini bukan mudah, jemaah menteri ambil alih ketika kita tidak ada penggal penuh, malah setiap hari dibelenggu spekulasi PRU15.

“Walaupun kerajaan ini terbentuk di sebalik pelbagai spekulasi mengenai PRU dan sebagainya, ini tidak pernah mengganggu dan menghalang kerajaan untuk melaksanakan dasar dan program yang bawa kesan kepada jangka panjang,” katanya ketika berucap dalam ketika merasmikan Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022.

Malah, beliau menyifatkan, kerajaan berjaya meningkatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menyelesaikan kenaikan harga barang serta pengangguran.

“Dalam suku tahun kedua, pertumbuhan KDNK mencatatkan 8.9 peratus, ini yang terpantas di rantau Asia Tenggara.

“Masalah kenaikan harga barang yang mendadak, walaupun dua bulan lepas kita berdepan masalah harga ayam, harga minyak masak dan sebagainya sekarang sudah mula terkawal.

“Sekarang kita lihat angka pengangguran semakin berkurangan, maksudnya dasar-dasar yang bermakna kepada rakyat telah dilaksanakan dengan baik,” katanya.

Bukan itu sahaja, Khairy berkata, kerajaan berjaya melakukan reformasi jangka panjang dalam menggubal beberapa rang undang-undang (RUU) dan akta-akta baharu.

“Kita dapat lihat bagaimana jemaah menteri angkat ke Parlimen beberapa undang-undang yang sangat penting, kita telah menggubal Akta Gangguan Seksual, Akta Antilompat Parti, ini reformasi dalam politik yang membawa kestabilan dan integriti untuk masa hadapan.

“Selepas ini, kita akan bentangkan RUU Akta Pendanaan Politik untuk meningkatkan ketelusan politik. Ini yang dibuat oleh kerajaan sementara. walaupun sementara, tapi pembaharuannya jauh ke masa hadapan,” katanya.

Selain itu, katanya, RUU Akta Kawalan Tembakau dan Merokok turut mendapat sokongan Perdana Menteri.

“Walaupun ada sedikit pandangan berbeza yang menyebabkan saya perlu rujuk kepada jawatankuasa pilihan khas, insya-Allah, dengan sokongan Perdana Menteri, Malaysia akan jadi negara pertama bebas asap rokok nanti,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.