Hamzah umum Parti Wawasan Negara, dilantik semula Ketua Pembangkang

Hamzah umum Parti Wawasan Negara, dilantik semula Ketua Pembangkang

HAMZAH Zainuddin semasa mengumumkan Parti Wawasan Negara sebagai rumah baharu beliau dan Reset semasa berucap pada Konvensyen Reset Malaysia di Tapak Ekspo Taman Harmoni, Tanah Merah, Kelantan, semalam. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengumumkan Parti Wawasan Negara sebagai ‘rumah’ baharu bagi pasukan reset.

Ahli Parlimen Larut itu berkata, nama tersebut diberikan oleh Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Katanya, mesyuarat agung pertama akan diadakan pada minggu hadapan.

“Kami ini baru dilahirkan dan tidak dijaga oleh Ayah Chik (Tan Sri Abdul Hadi).

“Jadi, kami mahu bersama-sama dengan Pas, Gerakan dan parti-parti lain. Insya-Allah, kita akan bersama-sama membentuk kesepakatan,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Reset Malaysia di Tapak Ekspo Taman Harmoni, di sini semalam.

Pada konvensyen itu, bekas pemimpin Bersatu yang dipecat, digantung dan diberi amaran turut hadir memberi sokongan.

Pemimpin yang hadir antaranya Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan ramai lagi.

Turut hadir Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Samsuri Mokhtar dan Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau.

Minggu lalu, Hamzah dilaporkan akan mengumumkan parti baharu hari ini.
Sementara itu, Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumumkan Hamzah dilantik semula sebagai ketua pembangkang.

Abdul Hadi berkata, Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar kekal sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN