Jakim masih tunggu laporan audit JPV di Australia

Jakim masih tunggu laporan audit JPV di Australia

LAPORAN muka depan Utusan Malaysia mengenai pemberian status halal sebuah rumah penyembelihan haiwan di Australia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) masih lagi menunggu laporan audit daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) melibatkan rumah sembelihan di Australia.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, pihaknya belum menerima laporan daripada agensi berkenaan untuk dibuat tindakan susulan.

“Proses pengauditan dilakukan terus oleh JPV dan kami (Jakim) pun tengah menunggu laporan mereka untuk peringkat yang seterusnya,” kata beliau kepada pemberita selepas hadir menyaksikan Mesyuarat Pemilihan Anggota Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan susulan penguatkuasaan Akta Profesion Guaman Syarie 2019, di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad memberitahu, Jakim akan menghantar pasukan melakukan pengesahan audit halal selepas loji sembelihan Thomas Food Industries (TFI) di Australia disahkan melanggar protokol halal dalam proses penyembelihannya.

Jakim turut mengesahkan hasil audit mengejut dijalankan Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (SICHMA) selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan itu melanggar protokol halal dalam proses penyembelihannya.

April lalu, akhbar ini mendedahkan status halal rumah penyembelihan itu yang diragui apabila prosedur didakwa tidak mengikut syariat Islam berdasarkan bukti rakaman video dan gambar menunjukkan haiwan-haiwan dilemaskan dalam taku­ngan darah binatang yang di­sembelih terdahulu dan haiwan itu mati akibat lemas bukannya kerana disembelih.

Ini termasuk pengakuan terbuka sumber uta­ma bekas penyembelih di rumah sembelihan itu yang mengakui segala dakwaan didedahkan mempunyai bukti bergambar dan rakaman video.

Susulan itu, pada 14 Mei lalu, Malaysia menggantung serta-merta kelulusan import daging dari TFI sehingga sia­satan menyeluruh selesai.

HAKIMAH MOHD. YUSOFF

Dalam pada itu, Hakimah enggan membuat sebarang komen sehingga sudah menerima laporan audit daripada JPV yang ke Australia baru-baru ini bagi membuat penilaian semula.

“Insya-Allah, nanti saya akan ulas sebab  Jakim sendiri belum dapat sebarang laporan dan kita pun turut menunggu kerana difahamkan ia bukan proses yang mudah,” tambah beliau.

 Ketika ini terdapat sebanyak 84 badan pensijilan halal dari 46 negara yang telah memperoleh pengiktirafan Jakim untuk membolehkan dieksport ke Malaysia dengan ada label halal sah.

 Malaysia pada masa ini mengimport bekalan daging mentah daripada sejumlah 50 rumah penyembelihan dan loji pemprosesan dari pelbagai negara untuk tampung keperluan domestik.

 Di Australia pula, difahamkan terdapat sejumlah 26 buah rumah sembelihan yang mendapat akreditasi sijil halal dengan dikeluarkan sendiri oleh pihak berkuasa Islam di negara berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya